Duit, Duit, Duit....Duit....semua benda boleh jadi .....

Demi kepentingan diri sendiri, sanggup lakukan apa sahaja kerana duit???


Luahan hati salah seorang mangsa keadaan yang telah tertipu :


“SAYA rasa pinggang saya ditoreh dengan pisau dan rasanya seperti digigit semut saja. Selepas itu individu yang melakukan bedah batin meminta saya duduk dan dia me nunjukkan buah pinggang saya.

“Beberapa ahli keluarga saya turut dibenarkan melihat pembedahan dan mereka nampak buah pinggang saya yang rosak. Ia sememangnya satu kejutan buat saya dan keluarga,” kata Hazimah, 50, yang berpengalaman menjalani pem bedahan batin tahun lalu.


Menurut Hazimah, dia menghidap penyakit buah pinggang dan mahu mencuba rawatan alternatif bagi menyembuhkan penyakitnya.

“Ramai yang kata bedah batin boleh menyembuhkan penyakit saya. Saya pun mencuba.


“Tak perlu tunggu lama, dalam tempoh 20 minit saja siap bedah. Buah pinggang saya dibersihkan dan dijanjikan ia kembali berfungsi secara normal,” katanya.


Hazimah mengakui membayar sehingga RM8,000 untuk pembedahan itu.

“Selepas pembedahan saya memang rasa selesa, seperti penyakit buah pinggang dihidapi sudah tiada. Namun selepas dua minggu, kesakitan yang dialami sebelum pembedahan datang kembali.


“Pemeriksaan di hospital mendapati buah pinggang saya rosak. Kesudahannya, sehingga hari ini terpaksa menjalani rawatan dialisis, manakala penyakit kencing manis yang menyebabkan masalah buah pinggang itu bertambah teruk,” katanya.

Hazimah mengakui dia berasa terkilan dan kesal me lakukan pembedahan seperti itu.

.... untuk teks lengkap, klik link dibawah...




http://www.hmetro.com.my/articles/Hanyailu...rkesan/Article/


http://www.hmetro.com.my/articles/Demikeun...a-mata/Article/



0 Response to "Duit, Duit, Duit....Duit....semua benda boleh jadi ....."