Raja Farah Kini Bergelar Isteri



Biarpun sebelum ini banyak juga tuduhan buruk ke atas Raja Farah, namun ia tetap tidak menghalang niat pelakon Kau Dan AKu 2, Raja Farah Raja Aziz , 22, untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25. Dengan sekali lafaz sahaja , Raja Farah telah pun selamat diijabkabulkan bersama Megat Bashirun di kediamannya yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam lebih kurang jam 11 pagi tadi.
Raja Farah yang diwalikan oleh ayahnya, Raja Aziz Raja Ngah terus mengalirkan air mata kegembiraan sebaik saja dirinya telah sah menjadi isteri kepada Megat Bashirun. Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.
Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti telefon bimbit iPhone 4, dompet dan tali pinggang Dunhill, jam tangan Tissot, kek dan lain-lain. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak Raja Farah dan pihak keluarga suaminya.
Pasangan ini juga dijangka akan mengadakan majlis resepsi pada awal tahun hadapan dan telah merancang destinasi berbulan madu ke Sipadan, Sabah dan juga Rajah Ampat, Indonesia pada Januari 2011.

0 Response to "Raja Farah Kini Bergelar Isteri"