Lagi berita Maria Ozawa?



Miyabi gegar Indonesia

Aktres kacukan Jepun lakon filem seram separuh lucah

Aktres Jepun, Maria Ozawa, yang menggunakan nama Miyabi dalam kerjayanya sebagai pelakon filem dewasa, adalah bintang utama filem seram terbaru Indonesia, Hantu Tanah Kusir yang menjalani penggambaran di Jakarta.

Ozawa pelakon filem dewasa paling popular di Indonesia, menjalani penggambaran filem yang mengisahkan hantu di tanah perkuburan di Jakarta Selatan.

Proses penggambaran dilakukan syarikat perfileman Maxima Pictures Oktober lalu dan tayangannya bermula semalam.

Kumpulan aktivis Islam, Barisan Pertahanan Islam (FPI) sebelum ini membantah lakonan Miyabi di dalam filem komedi berjudul Menculik Miyabi, menyebabkan aktres itu terpaksa membatalkan kemunculannya.

Penerbit Maxima Pictures, Ody Mulya Hidayat memberitahu akhbar online Detik.com, pihaknya terpaksa memindahkan pelakon itu dari sebuah hotel ke sebuah hotel lain bagi memastikan keselamatannya.

“Setiap malam, ada saja orang mengetuk pintu bilik penginapan Miyabi dan meminta untuk bergambar dengannya. Kami cuba untuk tidak menimbulkan kontroversi, jadi langkah terbaik ialah dengan menukar bilik hotel,” kata Ody.

Rakaman di belakang layar menunjukkan aktres kacukan Kanada dan Jepun itu memakai seluar ketat dan baju tanpa lengan di dalam hujan.
Di dalam sekurang-kurangnya satu adegan, Miyabi menanggalkan coli, manakala dalam satu adegan lain beliau diambil gambar dari bahagian belakang badan dalam keadaan bogel. 

0 Response to "Lagi berita Maria Ozawa?"