Siti Nurhaliza Akhirnya Bersetuju Jumpa Dua Anak Mangsa Kemalangan DUKE


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akhirnya menyatakan kesudiannya untuk berjumpa dengan anak kepada mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya DUKE, Nur Firuza Amira.

"In Sha Allah saya ingin bertemu kedua anak ini...selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui," ujarnya menerusi laman Instagramnya malam ini.

Bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak itu kelihatan tertekan apabila wujud 'gesaan serta cadangan' daripada pelayar internet dan juga blogger agar beliau mengambil kedua-dua anak mangsa sebagai anak angkat.

Pengurus kepada Siti, yang juga kakak iparnya, Rozi, berkata pihaknya adakalanya bimbang dengan tajuk-tajuk berita atau cerita yang digunapakai, kerana ia membabitkan sensitiviti keluarga mangsa.



"Blogger-blogger tersayang, adakalanya kami bimbang dengan tajuk-tajuk berita, cerita-cerita rekaan meski hanya pada tajuknya, pengisiannya yang tidak tahu betul salahny dan akhir sekali, pihak Dato' Siti sendiri dihujani pertanyaan. 

"Saya sudah selalu beritahu hal inim mungkin sekarang sudah ramai pembaca blog yang cerdik - tidak hanya membaca tajuk atau tidak mempercayai rumors.

"Dato' Siti sendiri ada instgram beliau sensiri, jika ada yang hendak dikhabarkan tentulah ada sahihnya dari pihak beliau. Hormati situasi, keadaan, keluarga, orang lain, pekalah saudara sadari. Sensasi tidak bawa kemana-mana, apatah nanti andainya tidak benar. Untuk berbuat baik banyak caranya...InshaAllah," ujar Rozi panjang lebar menerusi akaun Instargam miliknya.

Sabtu lalu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke.


Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Dua lagi anak pasangan itu, Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila, 4, selamat kerana tidak mengikut ibubapanya dan mengalami kecelakaan jalan raya itu.

Kemalangan berlaku apabila kereta Pajero itu yang berada di  lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

"Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

"Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan," katanya kepada Bernama.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu termasuk seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak mengalami kecederaan.

Enam kereta Myvi berkenaan dikatakan sedang berlumba namun perkara itu masih dalam siasatan.

0 Response to "Siti Nurhaliza Akhirnya Bersetuju Jumpa Dua Anak Mangsa Kemalangan DUKE"