Rita Rudaini tidak percaya bekas suaminya, yang juga pemain bola sepak JDT tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,00 daripadanya.
Sehubungan itu Rita tetap mahu Aidil melaksanakan tuntutan tersebut kerana pemain bola sepak itu lebih daripada mampu untuk berbuat demikian.
Aidil sebelum ini berkata beliau mempunyai banyak lagi tanggungjawab lain selepas berkahwin dengan Zarema Zainal dimana mereka kini mempunyai seorang anak lelaki dan tidak dapat memenuhi permintaan Rita.
"Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram.
"Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lagi," ujar Rita.
Buat Rita alasan yang diberikan oleh Aidil amat berat sebelah dan beliau akan berjuang untuk menegakkan maruah kaum wanita yang teraniaya.
"Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat. Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu.
"Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan perjuangkan semua ini. Tak kiralah orang nak keji saya itu dan ini. Saya ada alasan konkrit," ujar Rita.
Kes tuntutan Rita daripada Aidil sudah lama berlarutan dan nampaknya isu ini akan terus berpanjangan. Kita sebagai orang luar hanya mampu berdoa agar krisis antara kedua-dua insan ini akan berakhir dengan baik. Amin.
0 Response to "Rita Tidak Percaya Aidil Tak Mampu Bayar RM300,000 Kepadanya !!!"
Catat Ulasan