GEMPAR!!! Pesawat MH179 ke Sri Lanka Terpaksa Patah Balik


Satu demi satu kejadian melibatkan pesawat terpaksa patah balik dilaporkan.

Kali ini melibatkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas dua jam berlegar-legar di perairan Selat Melaka.

Pesawat MH179 itu itu dikesan berada di perairan barat Pulau Ketam pukul 11.30 malam, Sabtu.

Twitter Flightradar24 pada jam 1.30 pagi menyebut, pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dua jam membakar bahan api untuk mengurangkan berat ketika mendarat.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan pesawat MH179 yang dalam penerbangan ke Colombo, Sri Lanka berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi berikutan "penumpang bermasalah". 

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal dan semua penumpang selamat. 

"MAS maklumkan ia berpunca daripada 'penumpang bermasalah'. Tiada masalah teknikal," katanya.

Azharuddin bagaimanapun tidak menyatakan jenis masalah dicetuskan penumpang berkenaan.

Nampaknya makin gerunlah orang ramai untuk menaiki kapal terbang!

0 Response to "GEMPAR!!! Pesawat MH179 ke Sri Lanka Terpaksa Patah Balik"