Berpunca daripada perkataan muah ciked, penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa kurang senang dengan perkataan tersebut seakan-akan ditujukan kepada Ayda Jebat melalui akaun Twitter miliknya malah turut mendapat sokongan daripada peminatnya yang berkongsi perasaan yang sama.
Akibat daripada luahan perasaan Shila tersebut, ia mengundang komen balas bukan sahaja daripada peminatnya, malah turut mengundang reaksi kurang senang penyokong Ayda Jebat. Malah ada yang perli kembali Shila dengan video penyanyi tersebut putus cinta yang pernah viral sebelum ini. Ouch!
Menurut kenyataan balas Ayda Jebat melalui portal Murai, pelakon ini mengakui yang dia tidak mempunyai masalah dengan Shila malah turut merasakan Shila bukanlah saingan untuk dirinya – kerana Shila sudah berjaya menempa kejayaan sendiri di peringkat antarabangsa.
“Jika benar ada yang rasa annoying dengan perkara tersebut, seharusnya perkara itu didiamkan sahaja. Sejujurnya, saya sendiri tak kisah jika ada sesiapa pun mahu tweet mengenai perkara itu, saya pun tidak respon perkara tersebut di Twitter tetapi ianya telah mengguris hati peminat-peminat saya,” kata Ayda lagi sambil menyatakan tidak mahu isu tersebut berlanjutan.
0 Response to "PANAS!Punca artis berkelahi sebab perkataan 'Muah ciked'"
Catat Ulasan