Adilkah Dalam Memberikan Tugasan Kepada Pekerja Bawahan?

Pernahkah berlaku ketika anda memberikan tugasan kepada staff bawahan anda, dan wajahnya berubah. Dia menolak untuk menerima tugasan tersebut dan enggan mengikut arahan? Adakala dia menolak dengan lembut dengan alasan yang cukup munasabah. Wajahnya berubah dan perlakuannya berbeza seperti kebiasaan.


Anda mungkin boleh membuat beberapa andaian, antaranya ialah Pertama, dia mempunyai tugasan lain yang perlu disiapkan segera. Kedua, dia mungkin kecewa kerana sepatutnya orang lain yang sepatutnya melaksanakan arahan tersebut. Dalam situasi lain dia mungkin berani menentang arahan itu secara agresif dan berani.

Walau apapun alasan yang dikemukakan, anda perlu menilai tahap kemahiran, kebolehan dan beban kerja setiap subordinat. Terdapat pekerja membuat tugasan yang lebih dan ada juga yang kurang. Anda harus berlaku adil. 


Pembahagian tugasan yang seimbang sangat dikehendaki. Para penyelia mesti belajar cara yang betul untuk membahagikan tugas dengan saksama, mencungkil kreativiti setiap individu dan menggilirkan tanggungjawab dikalangan pekerja yang berbeza. 

Pengagihan kerja dengan teliti akan memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan membolehkan penyelia melaksanakan aktiviti yang lebih penting pada masa itu.

Terdapat sepuluh langkah yang patut diberi perhatian semasa mengagihkan tugasan kepada para pekerja;

  • Analisis tugas yang boleh diagih kepada pekerja.
  • Pilih individu yang paling sesuai untuk tugas yang telah dikenalpasti
  • Beri arahan dengan cara menjalankan tugas itu kepada individu terpilih. Lakukan ini     secara terperinci melalui penjelasan dan demonstrasi. Jelaskan mengapa tugas ini penting    kepada seluruh organisasi.
  • Dapatkan maklum balasdaripada individu yang sanggup memikul tanggungjawab itu. Beri masa yang sesuai.
  • Beri kebebasan kepadanya untuk berfikir dan berkreativiti.
  • Buat tindakan susulan. Beri pujian dan jika perlu perbaiki proses kualiti
  • Pertimbangkan pengagihan tugas secara bergilir-gilir untuk pekerja lain mendapat -pengalaman dan kemahiran
  • Bersedia menggantikan tugas kepada orang lain jika dia tidak hadir.
  • Beri peluang kepada pekerja untuk memberi sumbangan dan idea.
  • Bincang tugasan baru dan sediakan rancangan untuk menggilirkan kerja dengan semua kumpulan.


Walaubagaimanapun, syarikat swasta yang tidak mempunyai ramai kakitangan kerana ingin memaksimakan keuntungan tidak mempunyai pilihan untuk mempertimbangkan staff yang mana selayaknya memikul tugas-tugas tertentu. Ini kerana sebagai penjawat di sektor swasta, mereka perlulah serba boleh dan mempunyai sikap yang sanggup memikul apa sahaja tugasan yang diberikan oleh ketua dan sedia melakukan 

0 Response to "Adilkah Dalam Memberikan Tugasan Kepada Pekerja Bawahan?"