Tidak terhingga kegembiraan seorang yang baru sahaja bergelar ayah, Alhamdulillah syukur kepada Tuhan atas kurniaan seorang anak perempuan kepada keluarga kami. Penantian penuh 9 bulan penuh dengan dugaan, akhirnyanya, isteriku yang bernama Zeanaaima Binti Mohd Yusof selamat melahirkan bayi perempuan secara normal. syukur. berat bayi 2.99 kg. Jam 7.10 Ptg di Hospital Sg. Buloh.
Mungkin setiap manusia akan merasakan situasi begini, dan dimana kegembiraan sesebuah keluarga semakin akrab selepas mempunyai anak.
Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata perasaan gembiran melihat bayi kecil ini yang diberi nama Nur Qaseh Humairah Bt Shahrul Ashraf.
Nur Qaseh Humairah lebih gemar tidak dibedung, walaupun tidak suka, tetapi kami tetap membedungnya. Hanya 10 Minit selepas melelapkan mata, pasti dan pasti tangannya akan terkeluar.
30 minit selepas kelahiran. |
kami yang ditemukan jodoh di sebuah portal tvantara.com yang kini hanya tinggal kenangan web portal tersebut. |
1 Januari 2011 merupakan hari pertunangan.
19 Mac 2011 Majlis Pernikahan dan persandingan.
Menanti waktu kelahiran. |
12 November 1984
1 Disember 1985
3 Januari 2012
اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“ Ya Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki (kualitas) ibadahku kepada-Mu.”
4 Responses to "Lahirnya Insan Bernama Nur Qaseh Humairah Ke Bumi Allah"
tahniah...semoga menjadi insan yg berguna dimasa hadapan...insyaallah...
terima kasih zurina hj zainal...insyaallah...
saya ibu yang moden & mengikut nasihat doktor. saya tidak menggunakan puting, buai, barut, bedung, sarung tangan/kaki. yang pasti, berikan baby keselesaan dengan suhu persekitaran yang normal (bukan sejuk), kebersihan mesti 100%, lepas mandi bedak sikit, sapu sikit minyak yuyi kat perut & tapak kaki, terus pakai baju. masalah seperti kembung perut, muntah, cirit etc tak pernah terjadi. sekarang dia dah pun berusia 4tahun 4bulan.
terima kasih iburafiq..nak try jugak wat cam tu...mcm senang je..tapi kalau si kecil asyik nangis je sepanjang hari...mcmmane erk..susu da bagi...tido kejap2 bangun...hurmmm
Catat Ulasan