Menyingkap Fakta - CREW 666




Bila bulan mengambang itu adalah petanda baik bagi team Paranormal di malaysia. Penyingkap fakta kali ini hanya sekadar memperingati ataupun memberitahu kepada umum bahawasanya mereka yang mengkaji sebenarnya bukan untuk memuja ataupun memanggil hantu, ianya sekadar kajian sahaja yang dijalankan.

Penyingkap Fakta ataupun lebih dikenali krew 666 adalah sebuah team yang telah ditubuhkan pada pertengahan tahun ini dan seringkali menyingkap fakta dan kebenaran.


Adalah menjadi lumrah kepada sesiapapun pengkaji ketika kajian dilakukan  ditempat yang dikatakan terdapat aktiviti paranormal, tapi apa yang pasti  emosi pengkaji bergolak, ghairah, panik, teruja, takut dan berkecamuk sentiasa menghantui diri pengkaji.


"Pengkaji atau penyelidik paranormal selalunya sibuk pada bulan November atau Disember setiap tahun untuk mengkaji atau menyelidik lokasi yang dikatakan terdapat aktiviti paranormal kerana dikatakan pada bulan tersebut manusia mencetuskan tenaga negatif yang kononnya salah satu ‘agen penyubur’ makhluk paranormal. Akan tetapi ada juga yang mempercayai pada bulan Januari adalah bulan yang paling banyak manusia menghasilkan tenaga negatif akibat tekanan perasaan disebabkan faktor kewangan dan secara tidak langsung menjejaskan hubungan sesama keluarga." Jelas Uncleseekers.

Crew 666 kini telahpun dikenali orang ramai, kalau dilihat dari kunjungan orang ramai kelaman web http://penyingkapfakta666.blogspot.com/  seringkali viewer akan bertambah. Mazidul akmal sidek, yang dahulunya hos untuk rancangan 999 kini menjadi pengendali laman web tersebut serta menyingkap segala fakta yang belum terhurai dimulut masyarakat.


Apa yang menariknya disini, camera Canon G12 yang digunakan mazidul akmal seringkali dapat merakamkan pelbagai gambar-gambar yang pelik dan aneh berbanding kamera sony rahmat dan sony Pengembara Alam ghaib (PAG). dan apa yang pasti disini setiap gambar yang sering menjadi tanda tanya itu akan dimuat naik ke laman web crew 666.


Hanya anda sebagai pembaca dapat menghuraikan gambar-gambar tersebut.




Perhatikan secara teliti entiti di bahagian atas kiri gambar.



Kini peralatan untuk kajian crew 666 telah bertambah dan jutaan terima kasih kepada penaja yang sudi menaja crew 666 Supremo Donuts & Coffee dan Kasturi Syifa' dan kami masih lagi cuba mencari penaja untuk kumpulan kami. kepada anda yang berminat untuk menaja crew 666 ini boleh terus emailkan kepada mazidulakmal@gmail.com.



Bercerita berkenaan Mahluk paranormal,Secara tidak sedar, mahkluk paranormal telah banyak mempengaruhi pemikiran manusia pelbagai bangsa dan agama.

Mahkluk paranormal cenderung menghadirkan diri dalam pelbagai bentuk seperti

1. Bau, 
2. Orb (bola-bola),
3. Suara,
4. Bayangan (hologram)
5. Sentuhan, 
6. Gerakan, 
7. Cahaya,
8. Kabus
9. Haiwan
10. Manusia
11. Tumbuhan
12. Pelbagai objek

Dalam setiap kajian yang paling penting adalah peralatan, saksi, tidak merokok, pernafasan, cuaca dan paling penting adalah keyakinan diri.


Adalah dipercayai makhluk paranormal hanya akan menjelma sekiranya manusia benar-benar mahu melihat mereka dan yang menjelma hanya yang sudah mencapai tahap matang dikalangan mereka kerana dikatakan mahkluk paranormal diusia muda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjelma.

sumber Uncleseekers

3 Responses to "Menyingkap Fakta - CREW 666"

Tanpa Nama berkata...

crew 666?..nombor 666 ni cukup sinonim dengan church of satanic..biasanya baju yang ada nombor 666 ni selalu di pakai oleh geng2 blackmetal dan penyembah syaitan...

Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani

Shah_clunk berkata...

owh..666 tu sinonim dengan church of satanic. tak tau pun. sebab 666 itu hanyalah sekadar nombor. mengatakan ayat2 alquran mempunyai 6666 dan sesetengah ulama mengatakan 6,236 ayat. itu pun tidak menjadi permasalah dan tidak salah dalam islam. tp cubalah lah fahami, tiada apa pun di nombor 666 itu. harap maklum. ianya sekadar nombor...

AzReE & MyRa berkata...

itu bagi orang yang berbangsa lain tidak bagi kita yang beragama islam.
ia hanya sekadar nombor.. :)

islam tidak mempercayai langsung berkenaan dengan nombor triple 6 dengan syaitan.. jika anda percaya saya tidak tahu la kamu beragama islam atau apa? yer tak?? fikirkan sejenak bukakan minda.. bercakap menggunakan akal.. bukan menggunakan kepala lutut... terima kasih dengan komen anda Anonymous... ;)