Hutang Kad Kredit RM7,246???

Tanpa merasa segan silu, kawan atau sahabat, manusia atau binatang, jika bernamakan wang ringgit semua boleh dilupakan.

Seorang pengusaha Produk kesihatan wanita yang dahulu terkenal dengan manja, dan kini Rindu Mardziyaton atau lebih dikenali sebagai kak Mar terkejut selepas mendapat tahu maklumat peribadinya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kak Mar berhutang kad kredit dengan bank sebanyak RM7,246.
MARDZIYATON Darus menunjukkan salinan laporan polis
 di Pejabat Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
Inilah penipuan yang paling licik, sehinggakan identiti kak Mar digunapakai oleh orang lain. Apakah sistem perbankan tiada sistem keselamatan? sehinggakan semudah itu untuk seseorang mendaftar kad kredit?

Mardziyaton Darus, 39, berkata, dia menyedari perkara itu apabila dihubungi pihak bank terbabit yang berpejabat di Nusa Bestari, Johor Bahru, pukul 11 pagi kelmarin dan memaklumkan tentang tunggakan hutangnya.

Dia yang juga pernah mengusahakan produk kesihatan popular jenama Manja sebelum ini, diberitahu telah menggunakan kad kredit berkenaan di Johor Bahru pada 26 April lalu.


“Saya menafikannya dan terkejut kerana tidak pernah memiliki kad kredit dari bank itu, namun yang peliknya, butiran nama dan nombor kad pengenalan seperti dimaklumkan pegawai bank tersebut seperti maklumat peribadi saya.

“Dia juga menyatakan nombor siri kad itu. Cuma alamat pada kad pemohon yang diberikan pegawai itu iaitu di Taman Tanjung Impian, Johor Bahru, tidak betul kerana saya tidak menetap di situ.

“Pegawai itu kemudian menyambung talian yang didakwa ke balai polis dan saya bercakap dengan seorang pegawai polis sebentar sebelum talian terputus,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menyedari ada sesuatu tidak kena, katanya, dia menghubungi semula nombor bank berkenaan pada telefon bimbitnya tetapi dimaklumkan kakitangan bertugas bahawa pegawai yang menghubunginya sebelum itu, berada di luar kawasan.

Produk Rindu - Pembersih Peribadi Wanita
Tambahnya, hasil pemeriksaan dengan kakitangan di bank tersebut mengesahkan dia mempunyai ‘hutang’ itu.

Katanya, berikutan itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Hulu Klang, pukul 5.30 petang.

“Saya tidak menolak kemungkinan maklumat peribadi saya telah digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab. Saya khuatir perkara itu mungkin ada kaitan dengan kejadian pejabat saya di Setapak dipecah masuk tahun lalu.

“Oleh itu, saya memohon pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan kerana bimbang sekiranya pihak berkenaan menggunakan maklumat peribadi saya untuk tujuan jenayah,” ujarnya yang kini berpindah pejabat di Bandar Baru Ampang.

0 Response to "Hutang Kad Kredit RM7,246???"