Jika sebelum ini pasangan ADUN Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar dan Zizie Izette naik mahkamah gara-gara berpoligami tanpa kebenaran, kini giliran Rita Rudaini dan Aidil Zafuan pula yang mengambil alih tempat. Dah macam acara 4x4 balapan di mahkamah pulak dah artis kita ni ya. Pasangan ini masing-masing didenda RM500 atau penjara 15 hari kerana bernikah di Songkhla, Selatan Thailand tanpa kebenaran mahkamah pada pukul 9.30 malam, 25 Februari pada tahun lalu.

SEKARANG
Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang dibina atas dasar cinta mula goyah. Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya Rita mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.
"Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan. Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” Kata Rita.
"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya. Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya
"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua. Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” tambahnya. -Bharian
0 Response to "Dahulu dan sekarang - Rita Rudaini dan Aidil Zafuan"
Catat Ulasan