ALLAHUAKBAR!!! KREN RUNTUH DIMEKAH, 65 JEMAAH HAJI TERKORBAN, 80 LAGI CEDERA


MEKAH: Angka korban akibat kren runtuh di Mekah kini meningkat kepada 65 orang dengan 80 orang dilaporkan mengalami kecederaan.

Angka kematian itu disahkan oleh Jabatan Pertahanan Arab Saudi melalui twitternya.

Bagaimanapun tidak diketahui jemaah haji dari negara mana yang terlibat dengan kejadian berkenaan namun difahamkan ada jemaah haji Malaysia yang turut mengalami kecederaan.




Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengesahkan sama ada jemaah Malaysia yang terlibat.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian di Mekah yang mana ada kren terjatuh di kawasan Masjidil Haram.

“Kita teruskan berdoa semoga mereka selamat dan terus berada dalam lindungan Allah SWT,” katanya.



0 Response to "ALLAHUAKBAR!!! KREN RUNTUH DIMEKAH, 65 JEMAAH HAJI TERKORBAN, 80 LAGI CEDERA"