ZALIM!!! YANG DERA BAYI KECIL INI HINGGA MAUT ADALAH AYAH DAN IBUNYA SENDIRI!!



Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan ayah angkatnya dan disahkan mati di Hospital Miri, semalam.

Mangsa, Bryan Yusuf, disahkan mati, pada 12.32 tengah hari, selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak kelmarin..

Pemangku Ketua Polis Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit, berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan lebam pada badan, mata dan di kepala mangsa.

Menurutnya, terdapat 12 kesan lebam yang ditemui pada mangsa dipercayai didera.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat kesan patah kaki kanan mangsa, kuman di dalam paru-paru. Malah, pendarahan dalam retina kedua-dua mata mangsa," katanya.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu bapa mangsa dan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

0 Response to "ZALIM!!! YANG DERA BAYI KECIL INI HINGGA MAUT ADALAH AYAH DAN IBUNYA SENDIRI!!"