PILU!!! IBU PERGI TAKKAN KEMBALI!! HANYA MAMPU LIHAT IBU TERBUJUR KAKU. AL-FATIHAH


Seorang ibu maut di hadapan anak lelakinya akibat dirempuh sebuah kereta Proton Perdana selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Antara Gapi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.50 malam, mangsa, Norahdilah Abdul Rahman, 29, yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 bersama anaknya, Muhammad Khairul Naim, setahun, dan adiknya, Syafiqah Abdul Rahman, 22, dalam perjalanan menuju ke Batang Kali, di sini.


Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa gagal dikawal dipercayai kerana laluan berpasir di persimpangan lampu isyarat berkenaan sebelum terbabas.

Bagaimanapun, mangsa dirempuh sebuah Proton Perdana yang gagal mengelak, namun anaknya dan Syafiqah terselamat dalam kejadian itu.

0 Response to "PILU!!! IBU PERGI TAKKAN KEMBALI!! HANYA MAMPU LIHAT IBU TERBUJUR KAKU. AL-FATIHAH"