KEJAM!! BAYI dilemaskan dan dibungkus dengan beg plastik sabun!!!!



Seorang gadis bertindak kejam apabila melemaskan bayi yang baru dilahirkannya sehingga mati dengan membungkus bayi itu ke dalam beg plastik sebelum menyumbatnya di dalam sebuah mesin basuh di rumahnya di Kampung Bukit Lakota di sini kelmarin.

Perbuatan gadis berusia 23 tahun itu bocor sewaktu polis menggeledah rumahnya semalam, selepas dia mendapatkan rawatan di Hospital Jeli kelmarin kerana mengadu kepada ibunya yang dia sakit perut.


Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Yusoff Jaafar berkata, gadis yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit tersebut melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram pada pukul 7.30 malam kelmarin di dalam bilik di rumahnya secara bersendirian.

0 Response to "KEJAM!! BAYI dilemaskan dan dibungkus dengan beg plastik sabun!!!!"