KANTOI LLAGI!!! Masih Ada Sisa Barang Khurafat Milik Rozana Di Rumah Saya – Awie


Awie satu ketika dahulu pernah mendakwa isterinya, Rozana Misbun menggunakan ilmu hitam dan barang khurafat seperti patung kemaluan, tali pusat bayi dan tangkal untuk menundukkan dirinya. Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu. Terbaru, menurut Awie, masih ada lagi sisa-sisa barangan khurafat Rozana Misbu dalam rumah kediamannya di Ukay Bestari, Ampang.

Awie telah menemui barang-barang khurafat tersebut beberapa hari lalu di dalam bantal tidur miliknya. Kata Awie:-

"Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu. Saya memang tidak akan memaafkan beliau kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain."

Semakin hari semakin banyak pendedahan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Masing-masing yakin berada di pihak yang benar. Walaupun mahkamah sudah membuat keputusan menyebelahi sebelah pihak, ada pihak yang tidak mengikuti arahan mahkamah dan terus menerus melakukan sesuka hati. Semoga kebenaran sebenar akan terbukti jua di akhir nanti. Sama-samalah kita nantikan.

0 Response to "KANTOI LLAGI!!! Masih Ada Sisa Barang Khurafat Milik Rozana Di Rumah Saya – Awie"