"Jangan hina asal-usul, kepercayaan nenek moyang kami" - Rakyat Sabah


Sebahagian penduduk setempat kawasan Ranau, Sabah mempercayai bahawa perbuatan sekumpulan pelancong yang mencemar Gunung Kinabalu dengan berbogel dan membuang air kecil pada 30 Mei lalu sebagai salah satu sebab berlakunya tragedi gempa pada Jumaat lepas.

Turut mengambil kira aspek budaya dan spiritual selain saintifik, perkara yang sama turut diluahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu tembual.

Berbeza pula reaksi salah seorang pendaki tersebut. Dikenali sebagai Emil Kaminski menerusi laman Facebook, dia merasakan kepercayaan penduduk tempatan Kundasang sebagai sesuatu yang tidak perlu dianggap serius.

Selain memperlekeh Masidi di laman Twitter, Emil tidak mengambil berat kepercayaan warga Kadazan Dusun yang menganggap Gunung Kinabalu sebagai satu tempat yang perlu dihormati.


Rata-rata mereka meluahkan kekecewaan kerana adat resam kaum mereka serta kesucian gunung Kinabalu yang mereka gelar ‘Aki Nabalu’ dicemar dek kekhilafan pengunjung.

Pengguna Facebook bernama Janet Chee menulis nukilan yang meluahkan isi hatinya sebagai seorang anak kelahiran negeri di bawah bayu. Janet seakan membidas pernyataan individu-individu yang mengemukakan pernyataan kosong dan tidak berasas mengenai gempa bumi yang melanda Sabah.


Luahan Janet menarik perhatian netizen lain yang turut menyokongnya.









Rakyat Sabah dan penduduk Malaysia mempertahankan adat resam yang manjadi pegangan turun temurun sejak dahulu lagi. Pegangan ini sememangnya menjadi tunjang yang membentuk jati diri sesebuah negeri.

Dua wanita Kanada yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu akan dihadapkan ke Mahkamah Pribumi Ranau. Seramai 10 ketua masyarakat akan mempengerusikan sidang mahkamah dan membuat keputusan tentang denda yang akan dikenakan terhadap pasangan adik-beradik Lindsey Petersen, 23, dan Danielle, 22.


0 Response to ""Jangan hina asal-usul, kepercayaan nenek moyang kami" - Rakyat Sabah "