TERKINI : PERLIS tidak lagi gunakan INDERA KAYANGAN, Kenapa pulak??


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak ditambah ‘Indera Kayangan’ atau ‘Darul’ sebalik­nya hanya ‘Perlis’ seperti termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Baginda bertitah, undang-undang tubuh tersebut ditandatangani oleh ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail hanya dengan nama Perlis tanpa ada sebarang tambahan.

“Oleh itu, saya harap biarlah nama tersebut dikekalkan de­ngan nama Perlis tanpa ditambah Indera Kayangan yang mempunyai kaitan dengan dewa-dewa atau apa-apa Darul,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa merasmikan Muzium Kota Ka­yang dan Jamuan Teh Rakyat bersempena sambutan keputeraan ke-72 baginda di muzium itu di sini semalam.

Berangkat sama ke majlis itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

0 Response to "TERKINI : PERLIS tidak lagi gunakan INDERA KAYANGAN, Kenapa pulak??"