"Tangkap orang yang langgar ayah saya", - Nur Firuza Amira (TONTON VIDEO)


Sayu dan sedih diselubungi keluarga mangsa kemalangan di Kilometer 6.3, Lebuhraya DUKE, Sabtu lalu. Tidak mudah untuk menerima berita tiga insan tersayang hilang sekelip mata. Semoga ahli keluarga lebih tabah dan kuat dengan dugaan ni, Al-fatihah.

"Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Permintaan itu disampaikan adik Nur Firuza Amira ketika Zahid menziarahi keluarga keluarga Fairuz Nizam Husain, mangsa nahas kemalangan melibatkan dua buah MyVI dan sebuah Pajero awal pagi Sabtu lepas.


Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), awal pagi Sabtu itu mengorbankan Fairuz Nizam,35 bersama isterinya Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa.


0 Response to " "Tangkap orang yang langgar ayah saya", - Nur Firuza Amira (TONTON VIDEO)"