SUBHANALLAH!!!! Pilu... Empat maut terbakar hidup-hidup


Hajat seorang bapa bersama lima ahli keluarga menghadiri majlis konvokesyen anaknya di Muadzam Shah, Pahang tidak kesampaian apabila empat daripada mereka maut terbakar hidup-hidup selepas kereta yang dinaiki diheret sebuah lori sejauh 70 meter di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, Ajil di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, empat yang rentung ialah pemandu kereta jenis Kia Spectra, Ahmad Razi Harun, 53, serta tiga penumpang lain iaitu menantunya yang hanya dikenali sebagai Dayang Suhana, 23, anak saudaranya, Umar Rayyan Suhaimi dan cucunya, Nur Damia Irdiha Rosailan berusia setahun.

Dua lagi penumpang lain ialah kakak ipar Ahmad Razi, Hafshah Wangai, 56, yang cedera parah di kepala manakala isterinya, Sharifah Wangai, 49, hanya cedera ringan.

Pemandu dan kelindan lori 10 tan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Abdul Deraman berkata, enam sekeluarga terbabit dalam perjalanan dari Ketereh, Kelantan ke Pahang untuk menghadiri majlis konvokesyen anak Ahmad Razi dan Sharifah di Politeknik Muadzam Shah.


0 Response to "SUBHANALLAH!!!! Pilu... Empat maut terbakar hidup-hidup"