SEDIH!!!Hasrat Ayah tidak kesampaian, Maut di sambar petir...Wajib baca!!!


Hasrat dua bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permatang Rengas di Sri Medan di sini untuk mengambil anak masing-masing tidak kesam­paian apabila mereka maut disambar petir ketika berteduh di sebuah pondok di sekolah itu semalam.

Dalam kejadian kira­kira pukul 12.45 tengah hari itu, keduadua mangsa yang sedang me­nunggu anak mereka di pondok beratap zink sewaktu hujan dikatakan baru beberapa minit tiba sebelum kejadian itu berlaku.

Kedua-dua mangsa, Norazam Juwari, 42 dan Huda Jonit, 35, yang bekerja sebagai pekebun sawit dan mempunyai talian persaudaraan maut di tempat kejadian akibat cedera parah dan melecur pada anggota badan.

Dalam kejadian itu, seorang murid tahun tiga sekolah tersebut, Siti Nor Aina Hairi, 9, cedera parah selepas turut disambar petir ketika berada di pondok itu.

Siti Nor Aina kini dalam kea­daan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Kedua-dua mangsa mening­gal dunia di tempat kejadian dengan kesan melecur di badan sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi semalam.

0 Response to "SEDIH!!!Hasrat Ayah tidak kesampaian, Maut di sambar petir...Wajib baca!!! "