Rita Rudaini nafi dakwaan Aidil


Pelakon Rita Rudaini menafikan sengaja menuduh Zarema Zainal yang merupakan isteri bekas suaminya, Aidil Zafuan sebagai individu yang bertanggungjawab membuat panggilan telefon dan mengganggu kehidupannya.

Tegas pelakon berusia 39 tahun itu, isu berkenaan timbul apabila dia memuat naik seke­ping gambar di laman Instagram yang mendedahkan nombor telefon individu yang kerap mengganggunya terutama pada waktu malam.

“Saya menyiarkan nombor telefon orang yang mengganggu saya kerana mahu tindakan itu dihentikan segera. Dalam keterangan gambar yang saya muat naik di Instagram, saya tidak sebut pun siapa pemilik nombor telefon berkenaan,” jelas Rita ketika dihubungi Kosmo! semalam


0 Response to "Rita Rudaini nafi dakwaan Aidil"