PUNCA kenapa Sijil HALAL Secret Recipe ditarik balik...bukan sebab makanan tak halal..tapi...eeeiii....


Sijil Halal yang diperoleh oleh Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd ditarik balik selepas didapti telah melanggar manual prosedur pensijilan halal yang membabitkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Menurut Pengarah Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff menjelaskan, penarikan balik sijil halal itu bukan disebabkan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk. Sebaliknya berkaitan dengan soal kebersihan.

Penarikan balik sijil halal itu telah berkuatkuasa semenjak 7 Mei yang lalu.

Syarikat Secret Recipe bagaimanapun telah dipanggil oleh pihak JAKIM dan syarikat itu telah berjanji akan mengambil tindakan segera. 

Meskipun sijil halal telah ditarik balik, JAKIM tidak menghalang syarikat itu memohon semula sijil halal setelah menyelesaikan masalah berkenaan dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Di sudut pengguna pula, netizen mempertikaikan mengapa penarikan balik sijil halal itu tidak diumumkan kepada pengguna melalui media. Sedangkan soal halal haram amat penting bagi pengguna beragama Islam.

Netizen juga keliru sama ada mereka masih boleh ataupun tidak berkunjung ke restoran berkenaan.

0 Response to "PUNCA kenapa Sijil HALAL Secret Recipe ditarik balik...bukan sebab makanan tak halal..tapi...eeeiii...."