PILU!!! Kerana ikotkan NAFSU diatas jalan raya, orang tidak bersalah MAUT!!


Sepasang suami isteri maut apabila kereta jenis Proton Wira yang mereka naiki bertembung sebelum dihempap sebuah kende­raan pacuan empat roda di Kilometer 50, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Dada Kering dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa, Roslan Abd Wahid, 36 dan isterinya, Siti Zubaidah Mat Yusof (gambar kecil), 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan muka.

Anak mangsa, Mohd Shahrul, 12, yang turut menaiki kereta itu pula mengalami kecederaan patah tangan kiri serta pendarahan pada kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian itu berpunca apabila pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dari arah Lipis menghala ke Merapoh hilang kawalan ketika mendaki bukit sebelum bertembung dengan Proton Wira yang dipandu Roslan yang sedang dalam perjalanan dari arah Felda Chegar Perah ke Lipis.

Menurutnya, Mitsubishi Triton yang dipandu seorang wa­nita berusia 31 tahun bersama seorang lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai cuba memotong beberapa buah kenderaan lain di garisan berkembar sebelum hilang kawalan.

0 Response to "PILU!!! Kerana ikotkan NAFSU diatas jalan raya, orang tidak bersalah MAUT!!"