MENANGIS!! Datuk Siti tunai permintaan adik Nur Firuza!!! Terima kasih Datuk!!


Datuk Siti Nurhaliza hari ini menunaikan permintaan adik Nur Firuza, salah seorang anak kepada mangsa kemalangan tragis di Lebuhraya DUKE baru-baru ini untuk bertemu dengannya.

Datuk Siti tiba di kediaman nenek Nur Firuza pada jam 3.15 petang di Taman Batu Muda, Gombak. Turut kelihatan bersama beliau adalah suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sebelum ini, satu video yang memaparkan adik Nur Firuza menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Siti viral di media sosial. Semalam, Datuk Siti memberikan respon terhadap perkara tersebut dengan satu tweet di Twitternya.<



Semalam, Nur Firuza Amira menyatakan dirinya teringin mahu bertemu dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. 



Video berdurasi 6 saat itu telah dikongsi oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Pujangga Berbicara yang memaparkan ucapan kanak-kanak tersebut apabila disogokkan dengan soalan tentang Siti.

0 Response to "MENANGIS!! Datuk Siti tunai permintaan adik Nur Firuza!!! Terima kasih Datuk!!"