Wanita Misteri Hadiahkan Kapsul Cordyceps Tercemar Punca Lee Chong Wei Kena Gantung 8 Bulan?


Jaguh Perseorangan Negara, Datuk Lee Chong Wei terjebak dengan skandal doping kerana mengamalkan suplemen kapsul Cordyceps yang tercemar dengan bahan terlarang jenis Dexamethasone tanpa disedarinya sehingga menyaksikan dia digantung selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bagaimanapun, persoalannya kini bagaimana kapsul berkenaan boleh tercemar dan siapa yang membekalkan Chong Wei kapsul berkenaan yang diambilnya sebanyak dua kapsul sehari sejak 2007.

Kapsul Sebagai Hadiah


Berdasarkan fakta kes yang dikeluarkan tiga ahli panel yang dilantik BWF mengenai bagaimana dexamethasone boleh berada dalam tubuh badannya, kapsul Cordyceps itu dibekalkan oleh seorang wanita yang juga isteri kepada seseorang yang berpengaruh di Malaysia yang mula dikenalinya sejak 2005.

"Pada sekitar 2007 atau 2008, wanita itu memberikan kapsul Cordyseps yang dihasilkan kepada Chong Wei. Dia membeli Cordyseps dalam kuantiti yang banyak sebelum ia diproses menjadi serbuk dan kapsul di kedainya di Kuala Lumpur. Dia mula menghantar kapsul Cordyseps secara tetap kepada Chong Wei sebagai hadiah.

"Chong Wei enggan mendedahkan nama wanita berkenaan kerana bimbang kesan yang akan dialami wanita itu jika dia turut terbabit dengan kes dopingnya. Namun Chong Wei memberikan namanya secara tertutup apabila hanya tiga ahli panel, dia sendiri dan seorang peguam dari Malaysia berada dalam bilik sesi pendengaran.

"Pada pendapat ahli panel, ia mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap dirinya. Sejak enam atau tujuh tahun lalu, Chong Wei sudah mengambil dua kapsul Cordyseps setiap pagi yang diterima daripada kawannya itu.

0 Response to "Wanita Misteri Hadiahkan Kapsul Cordyceps Tercemar Punca Lee Chong Wei Kena Gantung 8 Bulan?"