SITI NURHALIZA BUAT HAL...JANGAN KENA C4 SUDAH


Dua selebriti popular, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan menyatakan sokongan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, setelah negarawan itu 'mengeluh' bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menerusi laman Instagram, Siti menulis: 

"Love u Tun dan sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," kata penyanyi nombor satu negara itu dalam lamannya, "ctdk".

Tulisan selebriti berkenaan adalah respon kepada 'keluhan' Tun Mahathir pada Isnin lalu yang mengatakan beliau keseorangan dalam membangkitkan pelbagai isu berhubung pentadbiran Najib. 

Kata perdana menteri keempat itu, beliau membangkitkan kritikan berkenaan kerana berasa bertanggungjawab terhadap rakyat, selain bimbang kegagalan kerajaan menangani isu yang dibangkitkan itu akan menjadi faktor kepada penolakan rakyat terhadap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN). 

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

"Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya," tulisnya dalam laman blognya chedet.cc dengan entri 'Soal tak jawab'.

Selain Siti, seorang lagi selebriti yang turut menyatakan sokongan terhadap Tun Mahathir adalah Rozita Che Wan. Aktres jelita itu yang lebih dikenali sebagai Che Ta turut memuat naik kata-kata sokongan di laman sosial Instagram beliau.  

"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang.

"Tapi kami ni orang marhain, siapa hendak dengar suara kami," tulis isteri kepada Zain Saidin itu.

Setakat ini, tinjauan mendapati catatan tersebut mendapat 17,260 'like' di Instagram Siti, dan sebanyak 10,663 'like' di Instagram Che Ta.

0 Response to "SITI NURHALIZA BUAT HAL...JANGAN KENA C4 SUDAH"