Rahsia Upin Ipin Didedahkan , Ini Sebabnya Kenapa Ipin Tak Ada Rambut.


Animasi upin dan ipin sememangnya mendapat tempat dihati kanak-kanak malahan orang dewasa juga .

Upin dan ipin dilakonkan oleh pemilik watak suara kanak-kanak yang sama . Mari kita baca mengapakah upin dan ipin tidak mempunyai rambut ?

Tuan Burhanuddin Md Radzi, pengasas dan pengarah urusan Les’ Copaque Production telah mendedahkan beberapa rahsia semasa temuramah dengan The Star baru-baru ini.

1. Rambut Upin dan Ipin

Oleh sebab pasangan Upin dan Ipin adalah kembar seiras dan berkepala botak, maka mereka dibezakan dengan sehelai rambut sahaja. Tanpa diberikan rambut lengkap yang realistik, maka proses animasi menjadi lebih mudah.

2. Perkataan Les’ Copaque

Selama ini kita sangkakan perkataan ini diambil dari bahasa Perancis dan memberikan suatu maksud. Rupa-rupanya ia adalah perkataan Melayu ialah “Last Kopek”. Ia diberikan slang Perancis maka jadi Les’ Copaque.

3. Nama kampung Upin dan Ipin

Siapa boleh teka apakah nama kampung budak – budak botak yang comel ni ? Nama kampung mereka ialah Kampung Durian Runtuh.

4. Rancangan masa depan berkaitan Upin dan Ipin

Dua berita gembira untuk peminat setia mereka iaitu :

Pertama, Filem Upin & Ipin The Movie akan ditayangkan pada tahun 2016.
Kedua, sebuah taman tema Upin & Ipin bernilai RM700 juta akan dibina!


0 Response to "Rahsia Upin Ipin Didedahkan , Ini Sebabnya Kenapa Ipin Tak Ada Rambut."