Cara solat, cara mandi wajib dan cara solat hajat



Jangan terkejut plak… itu sebenarnya adalah carian untuk ‘cara’ tertinggi pada hari ni… bukan cara nak buat blog… cara nak dapat duit mudah… cara nak tackle awek dan sebagainya… itu maknanya ramai orang tengah mencari maklumat tentang cara solat, cara mandi wajib dan cara solat hajat.. Mungkin sebab gempa bumi yang berlaku minggu lepas kot… semua makin insaf… :)


Itulah gunanya internet kan??? bukannya layan facebook 24/7. Bukak mata, cari henfon… baca notifications, update status… Kat mana-mana pun layan facebook sampai tengah be*** pun bukak facebook.. bukannya tak bagus facebook ni… banyak jugak faedahnya… kena pandai-pandai la kan???

1. CARA SOLAT / SEMBAHYANG YANG BETUL

Walau bergitu haruslah di ingat, ini adalah panduan. Dalam erti kata lain, anda telah pernah belajar sembahyang, cuma anda telah lupa pada bahagian-bahagian tertentu. 

Dan panduan ini dijadikan rujukan untuk memastikan amalan tersebut betul atau tidak. Namun jika anda tidak pernah sama sekali berlajar sembahyang daripada seorang guru. 

Maka adalah salah mengambil pelajaran mengenai sembahyang ini dari buku-buku panduan atau bahan bacaan semata-mata. Tetapi andai kata anda kesulitan mencari guru, bolehlah mengunakan panduan ini sebagai sumber pembelajaran yang pertama. 

Tetapi setelah anda rasa anda telah mengerti mengenainya, WAJIBlah merujuk kepada seorang yang anda kira arif mengenainya. 

Tidak kira siapa mereka, mungkin saja Ibu anda, Bapa anda atau saudara-mara, atau juga sahabat-sahabat anda. 

Pokoknya, wajib jugalah merujuk kepada seseorang mengenai apa yang telah anda pelajari melalui bahan-bahan bacaan dan panduan-panduan mengenai sembahyang ini. 

Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah.  Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua. Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT(isya’, zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).


2. CARA MANDI WAJIB

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.

Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau. Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.

Baca selanjutnya DISINI


3. CARA SOLAT HAJAT

Ini merupakan salah satu cara solat sunat hajat yang biasa dilakukan oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah

1. Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ حَاجَةٍ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى  / مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالًى

“ Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala / mengikut imam kerana Allah ta’ala “

2. Bacaan rakaat pertama

Doa iftitah
Fatihah
Ayat kursi

وَإِلهَـُكُم اِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ, اللهُ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ , لاتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلانَوْمٌ , لَهُ مَا فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَا فِىْ الأرْضِ , مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ , يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِِهِ إِلاَّ ِبمَا شَآءُ , وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ

d. Surah al-Kafirun ( قل ياأيها الكافرون  )   sebanyak 7 kali

3. Bacaan rakaat kedua

Baca selanjutnya DISINI

0 Response to "Cara solat, cara mandi wajib dan cara solat hajat"