Cara Mengetahui Handphone Samsung Original...baik check sekarang!!


Kadang-kadang kita tidak tahu telefon yang kita beli itu original ataupun tiruan. Kebiasaannya, pembeli sering terlupa bertanya kepada penjual berkaitan ini original ke AP ke atau apa?

Handphone clone berlambak dipasaran, sekali tengok nampak sebijik sama macam yang original. Telefon Samsung juga tidak dapat lari daripada di clone. Namum ada trick tertentu yang dapat kita bezakan antara telefon clone atau original.

Jika kita bertanya, penjual akan rasa terkedu seketika kerana kita ni orang yang bijak. Risau dengan pertanyaan itu, mereka akan menjelaskan. Tapi kadang-kadang terpusing jugak...

Ramai di kalangan kita akan cari telefon yang canggih tetapi harga murah.. lagi lagi kalau samsung..yang pastinya jika dibeli dikedai samsung yang pakai baju biru tu, dan dalam dia jual semua produk samsung, itu boleh dipercayai original.

Lagi satu, jika anda beli telefon samsung, penjual akan meminta details anda untuk diregisterkan kepada samsung, Bila dah diregister, samsung akan hantar satu mesej kepada anda.

sebelum terkena meh cuba cara ini :-

Cara nak kenal pasti Smartphone Samsung set original atau x…

Okey sekarang ambil telefon Samsung masing-masing, pegang elok, dah sedia, jom ikut langkah-langkah dekat bawah ini:

1) Dail no *#0*#
2) Click button sensor
3) Click button image test

Senang kan.

Kalau telefon Samsung anda itu original ia akan mengeluarkan gambar seperti ini :


Yup! akan keluar gambar anak anjing. Jika keluar gambar selain dari gambar diatas, sah dah telefon Samsung tu bukan yang original. Mungkin telefon anda buatan China atau Taiwan.

                                  Original = gambar anjing
                                  Taiwan 2nd class = gambar handphone
                                  Cina low class = gambar yang lain-lain keluar

Semoga tips cara mengetahui handphone samsung original atau tidak ini, akan dapat membantu anda semua agar tidak tertipu dengan jurujual, yang kadangkala mulut manis macam tebu.

Tapi aku terfikir kenapa Samsung letak gambar anak anjing ini secara tersembunyi, di dalam handphone keluaran mereka.

0 Response to "Cara Mengetahui Handphone Samsung Original...baik check sekarang!!"