Fenomena baru masterchef

Gadis kecil molek kelahiran Selangor ini bercita-cita mahu menjadi wartawan suatu hari nanti. Wan Ilaika bt Mohd Zakaria atau lebih senang dipanggil Ilaika meminati sukan bolasepak dan Liverpool merupakan pasukan kegemaran beliau. Mempunyai karektor yang pendiam tetapi cerdik, gadis ini tidak kisah dengan pandangan orang ramai tentang dirinya.

Gadis kecil molek ini terus menanam harapan untuk menyerlah dalam bidang masakan. Menggambarkan dirinya sebagi seorang yang kuat makan, dia sangat menggemari ayam dan tidak kisah jika hari-hari dipaksa makan ayam.

Selain itu, Ilaika gemar bermain gitar pada masa lapang. Memilik personaliti yang menarik dan ceria, Ilaika berharap dia bakal menjadi fenomena dalam Masterchef Malaysia musim kedua ini.

0 Response to "Fenomena baru masterchef"