Arif Alfian Tetap Berkeras Beliau Kekal Islam.




Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Baca Kisah Perkahwinan Arif Alfian KLIK SINI

2 Responses to "Arif Alfian Tetap Berkeras Beliau Kekal Islam."

Tanpa Nama berkata...

"Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia."

*tambahan: "pada hari saya bertindak sebagai suami, saya akan menjadi imam untuk solat secara berjemaah dengan isteri saya. manakala pada hari dia pula yang mengambil tempat sebagai suami, saya sebagai isteri akan menurut segala kemahuannya agar tidak menjadi isteri yang nusyuz."

hahahahaa...!

lynnepu3gp berkata...

erkkkk......geli weyyy...aduyaiiii.....