Saya Membaca Tampalan Ini ('SMTI')

" Saya sedar sebilangan bloggers berasa kecil hati atau terkilan jika tiada pembaca langsung pengunjung meninggalkan komen di tampalan mereka.

Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sebegitu. Saya menulis untuk berkongsi berita terkini dan ilmu, motif saya menulis blog, jelas. Samada pembaca sudi meninggalkan komen atau sebaliknya, itu perkara kedua.

Kekadang kita membaca blog milik bloggers lain untuk mengetahui kandungan utama tampalan mereka. Ada waktunya, kita terpanggil untuk meninggalkan komen, ada ketikanya tidak, terutama apabila topik diulas bukan berada di dalam ruang lingkup pengetahuan kita.

Pada masa sama, kita tidak dapat menyangkal kenyataan, majoriti bloggers menganggap setiap komen dicatatkan pembaca, simbol sokongan moral terhadap blog terbabit. Jika kita melontarkan komen, mereka tahu identiti pembaca blog mereka.

Untuk mencetuskan suasana menang menang, saya mencadangkan ...

Selepas ini, setiap kali kita berkunjung ke blog lain, kita tinggalkan jejak, isyarat menunjukkan kita membaca blog mereka sekaligus menghargai karya penulis dan pemilik blog.

... ringkasnya, kita tuliskan "Saya membaca tampalan ini", 4 perkataan melambangkan penghargaan kita sesama bloggers. 'SMTI', jika ingin catatan lebih ringkas.

Terlalu mudah menaip 'SMTI' berbanding usaha penulis blog menghasilkan tampalannya. Jika ekspresi 'OMG!' atau 'Oh my God!' boleh dikenali di seluruh dunia, singkatan 'SMTI' juga mampu terserlah andai dipraktikkan di negara kita.

Boleh diterima idea itu?

Saya berharap dapat melihat banyak SMTI di blog ini dan di blog lain. Jika maksud ringkasan perkataan itu tidak difahami sebilangan bloggers, jelaskan kepada mereka.

Kalau bukan kita memulakan budaya ini, siapa lagi?"

- Mazidul Akmal Sidek - 

5 Responses to "Saya Membaca Tampalan Ini ('SMTI')"

SM berkata...

ok, aku membaca, memahami dan menghayati tampalan ini. terima kasih...

Meja Editor berkata...

Btw....thanks...cuma kita menghargai apa yg orang tulis...huhuhu....bkn pakse pun....sekadar menghargai.....

a kl citizen berkata...

baru saya tahu apa itu SMTI.

SMTI!!

Meja Editor berkata...

hahaha..ape lah cikgu normah ni...betaun da orang pakai.

KiTTuN berkata...

SMTI