Program Ustazah Pilihan Astro Didakwa Cemari Islam




Seorang ulama hari ini menegur program realiti, Ustazah Pilihan terbitan  Astro Oasis sebagai cenderung mempergunakan kesucian agama Islam untuk menaikkan rating stesen tv berbayar itu.

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ghani Shamsuddin khuatir program itu  akan merendahkan martabat Islam di mata penonton, jika peserta terbabit cetek pengetahuan dan hanya mengikut telunjuk penerbit rancangan untuk menarik jumlah penonton tinggi.

"Peserta program realiti TV ini dibimbangi gagal mengutarakan hujah yang bernas mengenai agama Islam dan terbatas pergerakannyan. Ia  semata- mata mahu mengikut kehendak pihak penerbit," kata beliau

Bagaimanapun Ghani, seorang ulama yang popular di negara ini, tidak setuju konsep realiti TV digunakan  untuk menzahirkan mesej- mesej membabitkan nas- nas  Islam.

Ggelaran ustaz dan ustazah itu sendiri membawa tanggungjawab yang berat dan tidak harus diputuskan menerusi sesebuah program telivisyen, kata beliau.

Beliau khuatir percambahan ustaz dan ustazah serta ulama menerusi rancangan- rancangan televisyen akhirnya akan menenggelamkan peranan ulama' muktabar (besar).

"Kita khuatir program sebegini diadakan bagi melahirkan golongan alim ulama yang  akan dipergunakan bagi meluluskan  dasar- dasar bertentangan dengan ajaran Islam.

"Program sebegini juga dibimbangi akan memadamkan peranan dan fungsi ulama' sebenar dan sengaja menaikkan go longan alim yang cetek akal ilmu agamanya," jelasnya.

klik untuk membaca cerita penuh

0 Response to "Program Ustazah Pilihan Astro Didakwa Cemari Islam"