Lahirnya Seorang Insan Bernama Mohd Syamil Aiman B Mohd Yazid


" Thankz boy sebab temam aku semalam, aku bukan ape, aku teruja je nak jadi ayah" ujar yazid yang merupakan sahabat yang rapat dengan aku dipejabat.


Mungkin anda dapat bayangkan kegembiraan yang terpampar diwajahnya setelah bergelar ayah. Penantian selama sembilan bulan telah pun terjawab dengan lahirnya seorang insan bernama Mohd Syamil Aiman Bin Mohd Yazid.



Kegembiraan mereka ditambah dengan kehadiran saya dan isteri yang tengah mengandungkan 7 bulan anak pertama kami. Wajah keriangan mereka membuat kami berkongsi kegembiraan bersama.




" Semalam aku dok sorang je boy, tak de orang langsung. Aku tak teringat nak call, tapi aku da anta mesej kat kau, tu pagi tadi aku pengsan terus, 2 hari aku tak tido..." ujar yazid.

Saya terus memyelah kata-katanya, " Tulah lain kali call, aku da terlelap da semalam. tak pelah Yazid..semua da selamat pun." jelas saya.

" Semalam petang okey lagi, bila jam da pukul 12 tghmalam, aku rasa sakit sangat. Pastu doktor datang kata, denyutan jantung baby ni lemah, kita kena bedah jugak. kira kes Emergency la ni. tu yang doktor terus telefon yazid tu., cerita isteri kepada yazid.

"Aku dapat lelap setengah jam je Boy, Nasib baik aku dengar phone berbunyi, aku da up volume phone aku maximum da boy, takut-takut tak dengar. apa lagi kelam kabut aku pergi hospital, da la naik motor. hahahaha" gelak kami semua.



"Habis semalam kau tgk ak bini kau bersalin." tanya saya.

" Tak sempat la boy, tau-tau je da bersalin, aku tunggu doktor tu bawa aku masuk, sampai sudah tak kuar-kuar doktor tu."

Rupa-rupanya ada kisah disebalik cerita itu, Nor Junainah, isteri kepada yazid memberitahu kami, yazid memang seorang yang takut darah.

" Dia tu takut darah boy, doktor tu da tanya nak masuk ke tak? sampai sengah jam nak tunggu dia punya jawapan. last skali aku bagi tau doktor, tak yah bagi dia masuk, jap agi pengsan tak pasal-pasal" ujar Junainah,

Kami ketawa berdekah-dekah beramai-ramai.



Nor Junainah, bersalin secara pembedahan, menyebabkan pergerakkan terbatas untuk ke sana kesini.
mungkin disebabkan pembedahan tersebut.

Due date bile? tanya isteri ku.

30 aribulan ri tu. Tak tau kenapa air ketuban pun tak pecah, sakit ape pun tak de. ujar junainah.

Air selusuh minum tak? tanya isteri ku lagi.

" Z, kalau kau nak tau, air selusuh tu dan 2 botol da abis ditelannya." celah yazid

"Laaaa...yang kau gi minum sebelum nak bersalin tu wat apa. kakak aku dulu, air selusuh tu dia buat minuman harian. tu yang payah dia nak bersalin tu, orang air selusuh tu minum waktu betul2 da nak bersalin." jelas isteri ku...

Kami ketawa sekuat-kuatnya, sehinggakan isteri yazid, terpaksa cover gelaknya kerana kesan dari pembedahan tersebut.



Lalu yazid terus mengangkat anaknya dan terus memberi kan kepada saya.  Risau jugak nak pegang baby ni, keadaan fizikalnya sangat lembut. tapi gagahkan hati untuk memegangnya.





Kami berborak panjang sehinggakan jam hampir pukul 12 tgh malam. Sebelum beredar, pesan saya kepada sahabat saya supaya mendapatkan minyak kasturi Shifa' yang berharga RM35 yang diaurakan dengan 30 juzuk Al-quran untuk di hadiahkan kepada isterinya.



 Untuk mengetahui rahsia minyak kasturi Shifa' dan mendapatkannya Klik disini


Kami bergerak pulang dengan hati yang gembira dan bersyukur, apabila sahabat saya telah pun bergelar ayah. InsyaAllah kami akan menziarahinya mereka buat kali kedua apabila mereka sudah kembali ke rumah.

2 Responses to "Lahirnya Seorang Insan Bernama Mohd Syamil Aiman B Mohd Yazid"

Unknown berkata...

Tunggulah, 2 bulan sahaja lagi. Nanti alami perasaan menjadi ayah, debarannya, keseronokannya dan cabarannya. It is all in a package.

Shah_clunk berkata...

baik bang..hehehe....10 minggu je agi...minggu rase kejap skit...bulan cam lame lagi..huhuh