PROJEK BANTAL - Status Terkini Penyumbang.

Manusia homeless, gelandangan, wujud di bandaraya Kuala Lumpur.



Majoriti mereka tidur di kaki lima atau di ruang pejalan kaki di hadapan deretan kedai. Kini dilaporkan terdapat sebilangan kumpulan membekalkan makanan dan minuman kepada kelompok terbabit.

Kepada pembaca berpeluang merayau pada waktu malam atau di awal pagi pasti pernah terserempak dengan manusia berhati mulia, membantu golongan memerlukan.

Kebanyakkan mereka bergelandangan, tidur tanpa tilam, selimut dan bantal. Bagi mereka, simen itu tilam, baju itu selimut dan tangan itu bantal.

Kru 666 percaya, dengan sumbangan ikhlas masyarakat, kita berupaya memberikan sedikit keselesaan kepada kehidupan mereka.

Justeru, kami ikhtiarkan 'Projek Bantal'.

Kepada pembaca blog ini, ingin menyumbangkan bantal, sila berhubung dengan Razali Harun di talian 016 231 5812 atau emel ke razarro@yahoo.com.

Sila catatkan NAMA PENUH dan lokasi anda tinggal.

Bantal sponge, plastik, kekabu atau bantal angin, semua diterima dan akan diagihkan kepada kelompok gelandangan di ibu kota.

Jika ada penaja bermurah hati, Alhamdulillah.

Selain daripada merakamkan gambar pegun dan video entiti paranormal, kru kami juga ingin terus berurusan dan membantu manusia memerlukan. Semua kru 666 bersedia mengagihkan bekalan bantal kepada kelompok gelandangan, itu janji kami.

.. biarpun usaha kami itu hanya dianggap cuma sekelumit.


KEMAS KINI

Senarai Nama Penyumbang Bantal

1. Mohd Fadzly Nordin 
2. Zaini (Kota Damansara)
3. Farul (Cheras)
4. Ustaz Hafiz Ahmad (Gombak)
5. Pembaca blog (Kelana Jaya)

Penyumbang berkelapangan untuk pergi bersama kru 666 ke beberapa lokasi gelandangan di Kuala Lumpur, sila maklumkan kepada kami.

Tarikh dan waktu pengagihan bantal akan dimaklumkan kelak.

'1 bantal 1 gelandangan'


Terima kasih.

Untuk Membaca tampalan berkenaan projek bantal KLIK sini

0 Response to "PROJEK BANTAL - Status Terkini Penyumbang."