Kad Visa dibekukan di Syria

Para pelajar kini menghadapi masalah bagi mengeluarkan wang Kad Visa dibekukan di Syria

Amerika Syarikat telah mengisyaratkan tekanan terus-menerus ke atas Kerajaan Syria dengan menyekat penggunaan ' Kad Visa ' . Pada hari khamis lalu, AS telah mengumumkan pembekuan kad Visa di mana-mana bank di Syria.

Menurut Agensi Berita Perancis (AFP), pembekuan kad Visa di Syria ini sebagai mematuhi kehendak sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Pembendaharaan Amerika ke atas Syria baru-baru ini.

Selain daripada Kad Visa, kumpulan Master Card menyatakan kesediaan mereka bahawa pihak mereka akan mengikuti langkah yang sama.

Amerika Syarikat mengumumkan dua minggu lalu bahawa ia telah mengenakan sekatan ke atas Bank Perdagangan Syria dan Bank Perdagangan Lubnan dengan mengatakan bahawa Amerika tidak akan terlibat dalam urusniaga komersial atau kewangan dengan entiti.

Pegawai bank di Syria memberitahu bahawa penggunaan Kad Visa di bank Syria atau bank-bank yang mempunyai cawangan di Syria telah berhenti beroperasi semenjak rabu lalu.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Syria mendakwa bahawa tindakan-tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat dan negara-negara barat adalah sebagai 'protes' terhadap pendirian Kerajaan Syria dalam mempertahankan negara Iran, Palestin serta Lubnan.

Tambahan lagi, Said Hirsh berpendapat bahawa tekanan Amerika serta barat dalam mengadakan sekatan ekonomi terhadap Syria sebenarnya tidak dapat mempengaruhi ekonomi Syria dengan serta-merta kerana Amerika sedia ada telah menghadkan perdagangan dengan Syria dan saling tidak mempunyai hubungan ekonomi yang baik.

Said Hirsh, seorang pakar ekonomi Timur Tengah berkata lagi bahawa yang dapat melumpuhkan ekonomi Syria adalah orang arab sendiri bukannya sekatan antarabangsa. Beliau berkata 60% daripada eksport Syria pergi kepada negara-negara arab dan sekiranya negara-negara Arab menghentikan perdagangan dengan Syria maka ianya akan menjadi titik utama untuk Syria.

Sumber : Syria News dan Miami Herald

0 Response to "Kad Visa dibekukan di Syria"