666 Di Majalah Dan Televisyen


Saya percaya, jika kita berkongsi informasi berbentuk fakta bersama masyarakat, ilmu itu bak pohon rendang, mampu dijadikan tempat berteduh. Dalam erti kata lain, fakta disingkap boleh dijadikan rujukan pelbagai pihak.

Ilmu, satu kekuatan mampu kita gunakan untuk menghindar masyarakat dari terus diselubungi misteri tidak pasti kesahihannya.

666 teruja, dalam tempoh singkat pelbagai pihak sudi bekerjasama dan memberikan sokongan terhadap usaha kami laksanakan. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

Kru 666 ingin merakamkan penghargaan kepada Pengarang majalah BICARA, Yusri Yamin kerana sudi memperuntukkan ruang liputan berhubung tinjauan dan kajian bebas dijalankan kru kami. Bingkisan itu bakal dikongsikan bersama pembaca majalah terbabit edisi September 2011.


Pada usia mentah, liputan sulung mengenai 666, satu keajaiban.

Pada masa sama, stesyen televisyen bernaung di bawah Media Prima Berhad, NTV7  melalui program MagSeven, disiarkan pada hari Ahad, 14 Ogos 2011, jam 3.30 petang bertajuk 'On trail with the mythbusters' akan menyiarkan liputan tinjauan 666 bersama wartawan, Izzul Iswat Mohd Azman kedua lokasi berbeza.

Usah lepaskan peluang menonton slot ordinary people doing extraordinary things itu.

Terima kasih kepada media elektronik dan cetak kerana sudi memberikan ruang kepada 666 untuk menyingkap fakta bersama pembaca dan penonton mereka.

0 Response to "666 Di Majalah Dan Televisyen"