4 orang tertinggi sebuah laman web portal tv letak jawatan.

Shah Alam - 4 diantara orang tertinggi laman web portal tv yang terkenal di malaysia  meletakkan jawatan mereka, diantaranya ialah CEO, Tuan Haji Yunus, Akauntan, En wan, Ketua pengarang, wira arjuna dan juga pengurus bahagian sumber manusia, En Abdullah Riduan yang berkuatkuasa serta merta pada 30 Julai 2011.

Mencari permasalah ini, mereka dikatakan meluat dengan kepimpinan atasan yang sering kali membuat tuduhan melulu kepada mereka sehinggakan pekerja-pekerja dibawahan mereka menjadi mangsa kelewatan gaji selama 3 bulan berturut.

Di dalam keadaan politik dimalaysia yang kian runcing ketika ini, dengan pelbagai isu yang ditimbulkan, sikap sesetengah pihak yang cuba mengambil alih laman portal tv tesebut membuatkan keadaan lebih rumit memandangkan Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan November ataupun Disember 2011.

Kini, pekerja-pekerja dibawah naungan mereka, tiada tempat untuk merujuk disebabkan 2 editornya telah mengosongkan kerusi yang sebelum ini dikatakan kerusi mereka berdua lah yang hangat untuk membantu rakyat rapat dengan kerajaan supaya rakyat mendapat informasi yang sebenar.

Sehingga kini, tempat mereka masih lagi belum diisi. Ramai yang mempertikaikan dimana wira Arjuna dan mengapakah tiada lagi berita komentar di portal web tv tersebut, ini jawapan yang dapat diberikan.

0 Response to "4 orang tertinggi sebuah laman web portal tv letak jawatan."