Cucu 'Mat Kilau' Azam Promosi 'Pelancongan Kesihatan' Melaka


Cucu 'Mat Kilau' Azam Promosi 'Pelancongan Kesihatan' Melaka
Bachang, 24 Mac – Pahlawan Melayu disemua penjajah berasal dari Pahang, Allahyarham ‘Mat Kilau’ dimana cucunya, Ummul Hanna@Bonda Mohd Nor, yang kini menetap di Kampung Lapan, bersama membantu melaka dalam memperkenalkan ‘Pelancongan Kesihatan’

Ummul Hanna seorang ibu yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan tradisional termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, angina ahmar, lemah tenaga batin, mental dan sebagainya.

Katanya, beliau pernah mempelajari ilmu perubatan tradisional itu dari moyangnya yang dipanggilnya sebagai ‘moyang kecil’ meninggal dunia pada tahun 1976, dia meneruskan pengajiannya dan memperolehi Diploma Pengajian Kaji Saraf dari Indonesia.

Saya telah menetap di Melaka sejak beberapa tahun lalu dan setakat ni berjaya merawat kira-kira 5000 pesakit seluruh negeri selain Negara Singapura, Indonesia, Brunei dan Texas (Amerika Latin) katanya.

Mengenai perubatan berkaitan tenaga batin dia berkata, paling banyak menghadapi masalah ini ialah golongan wanita iaitu sebanyak 60% manakala lelaki 40%.

Menurutnya, kaum wanita yang terlibat dengan masalah itu ialah menghidap keputihan secara kronik, dimana penyakit ini terbahagi kepada empat katogeri termasuk pengeluaran cecair keluar dari lubang faraj, selain rasa gatal dan berbau busuk.

Jika rawatan tidak dilakukan segera boleh mengakibatkan wanita menghadapi masalah yang lebih besar hingga kerosakan teruk pada rahim dan akhirnya terpaksa dipotong, katanya.

 Melaka Hari Ini - 25-3-2009

0 Response to "Cucu 'Mat Kilau' Azam Promosi 'Pelancongan Kesihatan' Melaka"