BERSIH 2.0 (1001 cerita 2011)



Begini la kuasa rakyat yang dapat kita lihat pada tahun 2011. Segala ungkapan yang tercipta oleh pimpinan Najib semuanya hanya ritorik semata, lantas rakyat yang sudah matang dan tidak mahukan lagi kepimpinan Najib yang selama ini telah menipu keseluruhan rakyat di Malaysia.

Berikutan perkara itu, Rakyat bangkit menuntut keadilan. Bersih 2.0 yang di hadiri lebih ratusan ribu di kota Kuala Lumpur 9 julai 2011 itu menjadi pentujuk jelas rakyat kepada Najib Abdul Razak, Perdana Menteri malaysia.

Puluhan ribu skuad Pertahanan negara cuba menghalangi kuasa rakyat itu, tetapi malang, ratusan ribu yang lolos dari sekatan polis yang seawal sehari membuat sekatan di sekitar penuh Kuala Lumpur.

TV3 melaporkan hanya 6000 rakyat yang hadir, tetapi hakikatnya laporan dari Al-jazeraa mengatakan ratusan ribu rakyat yang berada disetiap pelusuk jalan kuala lumpur bagi menuntut keadilan.

Walaupun tidak berjaya masuk ke persekitaran stadium merdeka yang sebelum ini dijanji maniskan oleh Perdana menteri malaysia, Najib Abdul Razak bahawa mereka boleh berhimpun distadium, tetapi ianya sekadar cakap bagi menyejukkan hati rakyat. hakikatnya, najib terus berdiam 3 hari sebelum perhimpunan bermula seperti tidak ada apa yang berlaku.

Sasterawan Negara, A samad Said mengatakan Perhimpunan kali ini berjaya dan kita dapat lihat sendiri dengan mata kasar kita yang rakyat kini sudah bangkit.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.

Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.

0 Response to "BERSIH 2.0 (1001 cerita 2011)"