1MALAYSIA.......

Semakin hari semakin ramai yang tertipu dengan helah mereka yang taksub dengan harta dan pangkat sehinggakan terlupa akan kewajipan mereka sebagai umat islam.

Malaysia yang kini hampir mengalami kemerosotan dan telah pun terkenal di serata negara-negara besar di dunia seperti amerika, australia, britian, israel, pakistan dan banyak lagi mengtahui akan baik buruk negara malaysia.

Kerana seorang pemimpin, keseluruhan rakyat jelata dibawahnya buruk namanya. kalau tidak percaya, cuba kita lihat akan politik malaysia hari ini. disebabkan pangkat, sanggup lakukan apa saja demi kepentingan diri.

Perdana Menteri malaysia, Najib Razak yang sebelum ini diagung-agungkan sekitar tahun 90 tetapi kini berubah dengan sekelip mata. apakah yang telah terjadi kepadanya? mengapakah beliau telah berubah? sehingga kini ramai yang sudah tidak percaya akan kepimpinan beliau.

Wang rakyat menjadi sandaran dan taktik-taktik kotor digunakan untuk memikat rakyat supaya menyayanginya dan partinya.

Menaikkan Harga barang dan minyak adalah pendapatan  lumayan yang diperolehi oleh Kerajaan kerana mahu menyimpan dana untuk pilihanraya UMUM akan datang yang dijangkan Julai 2011 atau pun Disember 2011.

Kalau dikaji sekarang, harga minyak baru dinaikan dan harga barang telah pun naik sehinggakan rakyat merungut kenaikan tersebut. Bagi Kompenan kerajaan barisan Nasional, Mereka telah terdesak untuk mencari dana bagi memenuhi tabung Barisan Nasional. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia itu bertungkus lumus untuk menaikkan harga-harga barang, minyak dan tol. Tetapi untuk membuatkan rakyat tidak perasan, harga bagi TOL tidak dinaikkan, tetapi harga barang dan minyak meningkat mendadak. bila diturunkan harga barang dan minyak. Harga ToL di naikkan.

kebijaksanaan dalam system sebegini memang lah penting untuk BN sehinggakan setiap apa yang dibongkarkan oleh pembangkang semuanya dapat ditepis dengan niat busuk dan jahat. dengan menggunakan media prima sahaja mereka boleh mendapat hati rakyat. Pembangkang yang bertungkus lumus untuk menegakkan kebenaran dikatakan tipu belaka sehinggakan sanggup melimparkan ugutan bunuh terhapa ahli parlimen, nurul izzah anwar, kerana apa? kerana Nurul Izzah adalah Anak orang yang paling digeruni oleh Umno BN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bila bercakap berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sampai sudah takkan habis, tapi percayalah, setiap apa yang dilakukan Oleh Pakatan Rakyat, semuanya adalah untuk rakyat......

0 Response to "1MALAYSIA......."