Jatuhkan Anwar Walau apa cara sekali pun.

video yang didedahkan oleh http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/


Dunia kini hangat dengan persebaran video sexs kononnya pelakon dalam video tersebut ialah Datuk Seri Anwar ibrahim,  terbeliak mata penulis ketika menonton video tersebut, tapi best lagi tengok video Datuk Seri chua soi Lek, yang telah mengaku itu adalah video rakamannya sendiri. Ke manakah hala tuju kes tersebut? sunyi tanpa berita, sengap mengulap tanpa kata, dipancing dengan melepaskan jawatan kesemuanya. Apabila diam kesnya, muncul sebagai presiden MIC pula. Fuh, hebat sungguh politik ketika ini, sandiwara itu sangat penting, kerna ianya perlu untuk mengaburi mata rakyat.

Kali ini, isu video sexs datuk seri Anwar, mengapa perlu mendedahkan separuh sahaja, dan pastinya setiap rakaman tersebut mempunyai tapenya tersendiri?? tapi dimanakah?? mengapa perlu tunjukkan video yang sudah diedit?? pelik jugak dan mengapa ada tulisan thailand dan mengapa Eskay terlibat dalam pembikinan video tersebut??? adakah Eskay juga terbaring atas katil?? cuma tak nak rakamkan je. Dan yang pasti, untuk menyiasat sama ada video tersebut adalah benar atau tidak? serahkan tape dan pasti kita tau akan jawapannya. Jika benar datuk seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung, pasti tape  itu bermula dengan timecode 00:00:00:00. Mengapa video tersebut perlu di edit? pelik jugak ni....made in thailand....itu lah jawapannya. ke ada manusia yang sangat mirip-mirip Anwar di sana?

Ramai yang mengatakan, dan berpendapat, manusia yang terbentuk di dalam video tersebut, tidak sama paras bentuk badannya, ada yang mengatakan, lengan didalam video tersebut terlalu berbeza, perut yang terpampar sangat buncit, dan punggungnya dalam video tersebut sangat leper. jika anda lihat rakaman tersebut, cuba anda perhatikan dada Pelakon tersebut, Pasti anda dapat jawapan dengan cara beliau berjalan dari pintu depan ke pintu bilik air. perhatikan betul-betul.

Agak-agak berapa banyakkah modal untuk membuat drama tersebut? Teringat akan  video tersebut, jika dirakam melalui

handycam, pasti audionya ade, kepada tuan-tuan yang tidak pernah belajar tentang video, IR atau pun infrared digunakan ketika dalam keadaan tempat yang tidak mempunyai cahaya. handycam yang mempunyai IR sahaja yang dapat merakam visual dalam keadaan gelap dan pasti memang ade Microphone...pasti dan pasti... Mustahil kalau pakai kamera besarkan....sebab dalam posisi kemera pun kita dah tau  yang kononnya video tersebut adalah rakaman curi. padahal rakaman tersebut di reka atau disusun atur oleh mereka-mereka yang kononnya mahu menjatuhkan Anwar.

Ini mungkin jalan terakhir oleh mereka-mereka yang ingin menjatuhkan Anwar, kalau anda dapat lihat, setiap kali pilihanraya yang muncul, pasti ada kes berat yang akan ikut serta untuk berpilihanraya, yang paling ketara sekali adalah ahli parlimen atau pun ahli parti lompat parti. Itu yang terjadi kerana setiap apa yang mereka lakukan adalah untuk menampakkan Pakatan Rakyat sangat lemah. Contohnya seperti datuk Hassan ali, exco Kerajaan Negeri Selangor, yang pernah digembar-gemburkan untuk meletak kesemua jawatan dalam parti, akhirnya tak jadi, diumpan dengan wang tunai berjuta ringgit didepan pintu masuk rumah. akhirnya beliau tetap setia bersama PAS dan pakatan rakyat.

Berbeza dengan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi yang sering dikatakan Adun Katak Perak bebas tuduhan rasuah selepas lompat parti. Nampaknya lompatan dua Adun Perak untuk menyokong BN tak sia-sia kerana semalam Mahkamah membebaskan mereka dari tuduhan rasuah. Kepada Adun-adun dan ahli parlimen yang mempunyai masalah, teruslah lompat parti. pasti hidup anda tidak akan merana bebas, duit masyuk, projek banyak... dan yang pasti anda merana dengan rakyat.


Huh! Gobalakrishnan? pernah ditangkap oleh polis sampai terpapar gambar seluar terkoyak kerana pertahankan pakatan rakyat. mungkin gobala terlupa akan perjuangan yang pernah beliau lakukan demi menegakkan kebenaran. tapi semuanya hilang kerana wang tunai. bye pakatan, i want money....

Kalau nak diikutkan, ramai lagi manusia yang bergelar Adun katak, cuma tak sempat nak bercerita dengan unuk mengetahui perkara yang sebenarnya.

kalau anda seorang manusia yang bijak sana, jika saya bagi soalan, adakah burung ditangan saya ini hidup atau pun mati??? apakah jawapan anda???

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.
“Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini,” tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.
“Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.
“Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda- benda ini boleh diubah suai. Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya (aksi itu) hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja,” ujar beliau.
Menurutnya  dalam syariat islam, bagi sesuatu pertuduhan zina, seseorang yang menuduh seseorang individu lain melakukan perbuatan tersebut harus tampil mengemukakan  empat saksi.
Sekiranya individu terbabit tidak berupaya membawa saksi berkenaan, maka dia perlu dikenakan hukuman qazaf atau 80 kali sebatan rotan.

“Sebenarnya banyak ayat Al quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya.

“Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat Al Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu,” ujar beliau.

Beliau turut menceritakan tentang kisah Hilal bin Umaiyah, yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma, dan kemudian datang mengadu kepada Rasulullah.

“Rasullah kata kepadanya, “kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu”.
“Lalu dia (Sharik) berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi?

“Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama iaitu kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan
kamu, ” ujar  ulama terkenal tersebut yang kini merupakan pensyarah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurutnya, banyak lagi ayat Al Quran yang menerangkan tentang isu itu seperti surah An Nur ayat 4 yang menerangkan tentang qazaf kepada mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik, tetapi tidak dapat membawa empat saksi seperti yang digariskan dalam Islam.

“Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti (fasik),” ujar beliau.

Katanya lag, begitu juga dalam surah An nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina,  mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dasyat.

“Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa. Kemudian Allah menyebut, Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita,” ujar beliau.

Sebelum ini, tiga mufti tampil menyeru umat Islam supaya tidak percaya atau terpengaruh berita yang disebar golongan yang dianggap ‘fasik’.

Mereka adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya,  Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid  dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad  yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang diterima mereka.

0 Response to "Jatuhkan Anwar Walau apa cara sekali pun."