APA KAITAN JOHARI MANSUR DENGAN DR FAZLEY YAACOB (Dr palsu)?


Selasa Januari 16, 2007
Fazley ceburi bidang kecantikan pula
Oleh WAHIDA ASRANI
Dari mStar Kilk Disini untuk artikel penuh


"Bagi saya, benda yang jarang orang buat, itulah yang akan saya lakukan," - ringkas jawapannya, tapi itulah yang diluahkan oleh Dr. Fazley Yaacob, atau Fazley ketika menceritakan tentang kerjaya terbarunya sebagai pengusaha produk kecantikan untuk golongan wanita dan lelaki.

Tegas penyanyi, pengacara dan penceramah motivasi ini, tidak salah bagi kaum lelaki untuk menceburi konsep perniagaan seperti ini, walaupun pengusaha kosmetik di negara ini rata-ratanya didominasi oleh kaum wanita.

Berpegang kepada prinsip tersebut jugalah akhirnya jenama D'Fazley Cosmetic diwujudkan oleh Fazley serta ahli keluarganya yang lain di mana produk-produk di bawah jenama ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Fazley International Cosmetic (FICOS), yang menyaksikan Fazley sendiri bertindak sebagai Pengarah Eksekutif syarikat tersebut.

"Sebenarnya, perancangan untuk buat perniagaan ini memang sudah lama saya fikirkan sejak kira-kira 7 bulan lalu. Ini adalah salah satu perancangan jangka panjang saya untuk mengembangkan lagi family business.

"Mengapa saya pilih untuk buat produk kosmetik? Saya rasa, sudah jadi hakikat semua orang ingin nampak menarik di mata umum. Walaupun jarang kita lihat pengusahanya lelaki, tetapi saya tidak kisah.

Fazley menunjukkan buku motivasi santai 'Bila April...Cerita Paji' serta perniagaan terbarunya, D'Fazley Cosmetic (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan) "Insyaallah, produk ini akan dilancarkan dalam masa dua bulan lagi. Saya juga ada merancang untuk pasarkan produk ini nanti ke Timur Tengah," ujar Fazley ketika ditemui pada majlis minum petang bersama media, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dengan slogan "Suci...itulah kelebihanku!" yang dicipta oleh ibunya sendiri, Datin Umi Kalsom, produk-produk yang akan dikeluarkan di bawah jenama ini adalah produk kecantikan untuk wanita, produk 'ketampanan' lelaki dan supplement untuk kecerdasan minda.

Menariknya, produk-produk tersebut turut menekankan pada penggunaan bahan-bahan halal untuk mengelakkan keraguan orang ramai dan memudahkan pengguna yang beragama Islam.

"Sekarang ini, kita di dalam proses untuk memastikan semuanya teratur dan berjalan lancar. Produk-produk ini turut jalani proses R&D di Johor. 

"Kita juga sudah ada pengedar sendiri yang akan memasarkan produk-produk tersebut. Untuk pek pengenalan produk tersebut, kita meletakkan harga yang berpatutan sekitar RM50 hingga RM100," kataFazley, yang hadir ke majlis tersebut dengan ditemani isterinya Azrene Soraya.

Menurutnya lagi, FICOS juga akan mengeluarkan beberapa lagi produk lain pada masa akan datang antaranya, produk pemakanan halal……………………….

Produk yang slogannya dicipta oleh ibu Fazley dan Proses R&D di Johor ialah sebenarnya satu usahasama dengan JOHARI MANSUR( pengasas produk Sinar Sari, Vanesses etc)

KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah merasmikan Majlis Maulidur Rasul dan Pusat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Keraton di Plaza Tanjung Aru, hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Dewan Negara (Senator) Dato’ Yaakob Mohammad, Pengarah Ekesekutif D’Fazley International Cosmetic Sdn.Bhd, Fazley Yaakob dan Prof.Dato’ Dr Raden Johari Mansor Al-Haj, Dr.Ahmad Fadzli Yaakob.



Yahya memotong reben merasmikan Pusat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Keraton. Gandingan usahasama Fazley dan Johari Mansor

0 Response to "APA KAITAN JOHARI MANSUR DENGAN DR FAZLEY YAACOB (Dr palsu)?"