Alahai Anak Perempuan Muhyiddin..(Pendekar Gunung Kriang)



Cuba teliti gambar gadis berbaju hitam dengan dada terbuka berbentuk 'V' di atas. Ada sesiapa mengenalinya? Tengok mata dan pipinya yang agak sembab itu, adakah anda tidak teringat seseorang? Ada iras-iras tak dengan wajah seorang pemimpin besar Malaysia yang mukanya confirm sembab?

mStar hari ini melaporkan berita tentang gadis ini yang baru cuba berjinak-jinak dalam bidang nyanyian. Kata mStar:

"Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya Najwa, insan yang bersuara serak basah dalam industri muzik tanah air. Penampilannya yang penuh sopan santunmembuatkan ramai yang terpegun dengannya.

Walaupun menyedari dia anak kepada pemimpin nombor dua negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Najwa tetap dengan sifatnya yang selalu merendah diri terutama ketika pertama kali bersemuka dengannya.

Mula berjinak lebih kurang empat tahun lalu dalam bidang ini, Najwa dalam nada bersederhana memberitahu dia tidak begitu dikenali mungkin kerana tidak seperti artis lain yang selalu membuat persembahan di luar.

"Saya terlalu sibuk dengan pengajian saya, sekarang ini baru boleh bergiat aktif dan menunjukan bakat yang ada," ujarnya selepas sidang media Konsert Malam Nada Biru Bersama Najwa dan Yuna, di Bsync Production, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut, dia sejujurnya memberitahu tidak mengikut bakat daripada sesiapa, tetapi mungkin lahir daripada dirinya sendiri kerana sejak kecil sudah terasuh dengan bidang itu kerana telah dihantar ke kelas piano dan muzik"


Kata mStar penampilan anak perempuan Muhyiddin ini penuh sopan santun. Ya, sopan santun lah tu, kerana sekurang-kurangnya dia berbaju dan berskirt. Tak bersopan santun itu hanya apabila seseorang itu cuma memakai seluar dalam atau bra atau tidak berpakaian langsung. Tapi anak gadis Muhyiddin masih pakai baju yang cuma menampakkan lengan dan berskirt yang cuma menampakkan betis putih melepaknya. Bersopanlah tu, sopan versi 1Malaysia.

Dan cuba lihat gambar di bawah. Di sebelah kiri ialah anak perempuan Muhyiddin manakala di sebelah kanan ialah Yuna seorang penyanyi indie yang namanya sedang meningkat naik. Janganlah banding siapa yang lebih manis antara keduanya, ia tidak adil untuk gadis di sebelah kiri, kerana Allah sudah takdirkan dia menjadi anak kepada seorang bapa yang sembab, apa nak kata? Tapi cuba bandingkan cara berpakain mereka, siapa lebih sopan? 

Ada orang kata untuk jadi penyanyi popular di Malaysia perlu berani buka-buka. Jika tak berani buka-buka mereka masih boleh jadi penyanyi popular, tapi bukan di Malaysia. Anak perempuan Muhyiddin belum berani buka banyak-banyak. Untuk lebih popular dia perlu berani buka banyak-banyak selepas ini.

0 Response to "Alahai Anak Perempuan Muhyiddin..(Pendekar Gunung Kriang)"