Akjan Istiharkan diri sebagai Sultan -2011

Malaysia, Sememangnya sentiasa ada kejutan yang terbaru, sebelum ini kita mendengarkan kisah Datuk Raden Johari Mansor yang berasal dari Johor, yang kononya mengaku Sultan, Tetapi kes kali ini, sama seperti kes yang berlaku sebelum ini. Kali ini,kita dikejutkan lagi dengan satu pertabalan Peribadi bersama 60 orang pengikutnya seorang Sultan baru di Kg. Likas Kota Kinabalu pada 4hb. Feb2011.


Saudara Datu Akjan Ali Muhammad sebelum ini dikenali sebagai si Akjan yang agak polular dengan kisah hidupnya yang menjadi bualan ramai.

celebreti ini yang telah mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu seperti mana yang dilaporkan oleh laman web sabahkini.net tempoh hari dan beberapa akbar tempatan.

Tidak dapat dinafikan fakta dan sejarah kesultanan Sulu yang wujud telah tertulis sebagai rujukan genarasi akan datang khasnya rakyat Sabah.

Cuma rasanya adalah lebih baik kita tumpuhkan pemerintahan Negeri ini didalam Persekutuan Malaysia dimana kita mempunyai seorang Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negara sendiri sebagai wakil Ketua Kerajaan Negeri dalam Majlis Raja Raja Malaysia.

Akjan yang mengistharkan diri sebagai Sultan Sulu lengkap dengan Kerajaannya yang tersendiri termasuk mempunyai, Perdana menteri dan Kebinet kerajaan buangannya yang tidak Bernegara.

Namun kita juga amat faham bahawa ada banyak waris Sultan Sulu menjadi Sultan atas keturunan masing-masing dimana rekod menunjukan 123 waris Sulu mengistiharakan diri Sebagai Sultan Sulu , North Borneo dan Mindanao di seluruh dunia mengikut risikan Agensi C.I.A Amerika.

Saya harap rakyat Sabah tidak cemas dengan tindakan beliau kerana kita berada dalam satu Negera yang berdaulat serta Merdeka secara mutlak  dibawah Pemerintahan DYMM Yang Di Pertuan Agong dan biarlah Akjan menguruskan kerajaan Buangannya bersama waris Sultan sulu yang lain.

Akjan yang pernah ditahan di bawah ISA merupakan ahli UMNO yang sangat aktif dan pernah mendapat banyak projek pembangunan daripada kerajaan. Tidak pasti pula kalau sekarang ni berapa banyak projek dia pegang.

Menurut founder UBF Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Akjan pernah disenaraikan sebagai pemegang IC palsu tetapi tidak pernah disiasat dan diambil tindakan. So, kalau benar dia ni memegang IC palsu, kenapa masih bergiat aktif dalam politik negara? Ish. Ish… Malaysia Boleh betul la.

Bila ditanya ‘boss-boss’ UMNO yang lain berkenaan hal ini, mereka buat-buat pekak dab buat-buat bodoh macam tidak kisah dan tidak ambil peduli pasal hal ini. Jangan pula sampai terlambat bertindak… Terlajak perahu boleh berundur..
Walhal, hak Akjan ini sebenarnya bukanlah baru dalam industri ‘sultan-sultan’ ni. Dari dulu lagi dia sudah banyak kali claim bahawa dia ni Sultan Sulu (salah sebuah negeri di Filipina), dan dalam masa yang sama juga memegang IC Malaysia. Sedangkan menurut perlembagaan negara ini, kita tidak boleh memegang 2 warganegara. Adakah kerana Akjan ni ahli aktif UMNO lalu dia berhak dapat pengecualian?

Banyak persoalah yang timbul di kalangan warga tempatan di Sabah. Kenapa dia tidak pulang sahaja ke Kepulauan Sulu di Filipina dan memerintah rakyatnya di sana? Kenapa masih berkeras untuk tinggal di Sabah? Bagaimana dia memperolehi IC sebagai orang Malaysia sedangkan dia terang-terangan tidak setia kepada negara ini? Aduh… Gawat nih!

Paling lucu pula, kenapa dia buat pengisytiharan tu di rumahnya di Kampung Likas, KK dan bukannya di Jolo Selatan Filipina?

Tidak masuk akal betul la alasan dia kerana faktor keselamatan. Apa motif dia ni? Cuba anda bagi pendapat sikit… Adakah dia ni ancaman negara?

Terlalu banyak kekeliruan yang amat membimbangkan kita, memandangkan kedegilan sultan sulu ni yang berkeras mendakwa dirinya sebagai insan yang mempunyai kedudukan tinggi di Filipina, dan dalam masa yang sama ahli UMNO yang aktif di Malaysia.

Sudahlah selama ini Sabah berhadapan dengan isu serius pendatang haram, kini pendedahan terbuka ahli UMNO memiliki 2 warganegara pun tidak mendapat tindakan yang sepatutnya.

Cerita-cerita di kedai kopi ada kalanya masuk akal, tapi tidak pula diketahui kebenarannya. Ada yang cakap government tidak boleh buat apa-apa untuk halang Akjan kerana dia merupakan supplier pengundi hantu untuk Barisan Nasional. That’s why la dia ni tersenarai dalam list pemegang IC palsu. Betul atau tidak itu saya tdak pasti.

Apa yang pasti, dari dulu sampai sekarang belum ada sisatan terbuka yang dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan dakwaan projek IC palsu ini. Ramai juga pemimpin Sabah yang bangkitkan isu ini tapi sampai sekarang dibisukan sahaja.

Ini lah luahan dari seorang penduduk sabah :

"Kesian bah kami di Sabah… Kenapa bah kamu buat kami begini? Manaaci main pengundi hantu. Lawan undi cara gentleman bah… jangan pakai pengundi hantu om jangan main rasuah-rasuah!"

0 Response to "Akjan Istiharkan diri sebagai Sultan -2011"