Khairy Jamaluddin Nak keluar umno sebab lebihkan Perkasa?

Setelah mengetuai Pemuda UMNO semenjak dari Mac 2009, Khairy Jamaluddin hari ini dikhabarkan mengugut untuk meninggalkan parti keramat beliau (UMNO) jika didapati majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum 2008 yang lalu. Sebab apa nak tinggalkan parti sebenarnya? adakah kerana sebagai alasan berikutan sokongan kepada UMNO kian luntur sekarang?
Tidak dinafikan, orang yang paling lantang bersuara dalam UMNO ialah encik Khairy Jamaluddin (KJ)  kita ini. Dari apa yang dikatakan oleh KJ itu, apa yang dapat di simpulkan adalah UMNO kini seakan-akan tenggelam dengan aktiviti PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahin Ali, lagipula, kedua-dua mereka ini tidak begitu “kamcing”. Mungkin atas dasar tidak mahu malu nanti, kenyataan tersebut dikeluarkan KJ.
“Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar,” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh KJ semasa beliau dan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS iaitu Khalid Samad mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi.
Kita pun sedia maklum yang KJ memang menentang habis-habisan isu yang dibawa oleh PERKASA sejak kebelakangan ini. Contohnya pada Jun lalu dimana Khairy terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa. Bangkit melawan, Ibrahim Ali pula dengan lantang mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.
“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung… sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang… apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ibrahim.
Ingat lagi tak yang pada masa  itu Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Datuk Dr Wee Ka Siong.
Takkan Melayu nak kalah macamtu aja Khairy.. Masa tengok cium keris dulu, bukan main gagah lagi.. Agak-agak, jika khairy keluar UMNO, kemana pula dia akan pergi?

Ibrahim Ali: Ahli Umno akan gembira jika Khairy keluar

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ramai ahli Umno akan gembira jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu atas alasan ‘tidak gembira’ dengan Perkasa.
“Saya rasa ramai ahli Umno gembira kalau dia letak jawatan atau tinggalkan Umno kerana semasa bapa mertuanya jadi perdana menteri, menyebabkan antara punca BN dan Umno kalah teruk pilihan raya umum ke-12,” kata beliau.
Kata Ibrahim, sekiranya majoriti ahli Umno menyokong Perkasa ia adalah satu tanggapan melucukan.
“Apa penyakit KJ?… mungkin tidak dilantik sebagai timbalan menteri, maka kecewanya sudah klimaks dan jadi Perkasa sebagai alasan,” katanya.
“Pada saya, tanpanya mungkin rakyat lagi senang hati pada Umno… apa pun kesian dia.
“Dulu besar kepala… sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal,” kata Ibrahim mengulas kenyataan terbaru Khairy terhadap Perkasa kelmarin.
Dalam kenyataan yang dilihat menyindir pendirian Perkasa dalam isu-isu tertentu, Khairy memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.
Menyangkal tanggapan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad bahawa Umno kini ‘tenggelam’ di sebalik aktiviti Perkasa yang dipimpin Ibrahim, Khairy berkata, bukan setiap ahli parti dominan Barisan Nasional itu menyokong pertubuhan tersebut.
“Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar,” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Kedua-dua wakil rakyat itu mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi.
Dipetik New Straits Times, Khairy sekali lagi melahirkan pendirian menentang isu-isu yang dibawa oleh Perkasa sejak kebelakangan ini.
Jun lalu kedua-dua Khairy dan Ibrahim terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa itu mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

0 Response to "Khairy Jamaluddin Nak keluar umno sebab lebihkan Perkasa?"