Genting Ambil Langkah Berjaga-jaga Hindari Maksiat

Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.

Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting.

Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini[1], mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik.

Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi. Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.

Terdapat juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira secara automatik bilangan slot letak kereta kosong yang tinggal dalam keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel dan Resorts Hotel.

Genting highlands juga dikatakan sebagai sarang maksiat, kononnya dikatakan tempat untuk remaja-remaja dan pasangan mereka untuk melepaskan nafsu.
Sekadar Gambar Hiasan

Tetapi kini, genting highlands telah dikawal rapi oleh pihak berkuasa dengan mengetatkan undang-undang, dimana tempat bagi mereka lepak dikenakan had waktu, contohnya taman cendawan yang dahulunya dibuka setiap hari tanpa sekatan. Disebabkan terlalu banyak perkara yang boleh merosakkan ahlak remaja zaman sekarang, pihak genting highlands telah menghadkan waktu bermula jam 8.00 pagi hingga jam 10.00 malam sahaja. Selepas dari itu, kawansan taman cendawan akan dikunci keseluruhannya dan dibuka untuk keesokkan hari.

Genting highlands juga kini dikawal ketat oleh pihak berkuasa, dengan melakukan rondaan setiap masa dengan menggunakan kereta polis serta menutup lampu bagi menangkap mereka yang melakukan maksiat didalam kereta.

Mereka juga berkuasa untuk menghalau pengunjung dari tempat tersebut supaya mengelakkan mereka dari melakukan maksiat.

Pihak pengurusan genting higland telah berusaha untuk mengelakkan nama GENTING HIGHLANDS itu sebagai sarang maksiat.

2 Responses to "Genting Ambil Langkah Berjaga-jaga Hindari Maksiat"

Uncleseekers berkata...

Bila nak tido dalam kemah lagi?

Shah_clunk berkata...

hahahah..tido kemah ke?? tu dulu....khemah banyak2 mane ntah pegi nye...