Yuna dan Qi sedang hangat bercinta

Gosip terbaru mengenai yuna dan Qi yang dikatakan sedang hangat dilamun cinta sekarang… Gosip percintaan Yuna dan Qi ni semakin kuat diperkatakan apabila mereka berdua dilihat begitu mesra dan serasi semasa majlis Shout! Awards pada hari sabtu yang lalu.. Wah.. betul ke Yuna dan Qi ni sedang bercinta? jom kita baca apa kata yuna bila ditanya mengenai gosip ni…

“Saya suka dia sebab dia baik hati juga seorang lelaki yang baik. Dia seorang yang tenang serta menghormati orang di sekelilingnya. Seronoklah berkawan dengan dia.”
“Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain.
“Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal,” (Kosmo)
Urm.. jawapan standart artis… Yuna dan Qi ni dikatakan berkenalan semasa mereka berdua terlibat dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola dan hubungan mereka berdua terbina selepas Qi dan Julie Woon berpisah.. Tapi apa yang menariknya, Ibu bapa Yuna sudahpun mengenali Qi dengan lebih dekat..
Apa pun hubungan Yuna dan Qi ni, MyGosip doakan yang terbaik buat mereka berdua..
gambar yuna dan qi sedang hangat dilamun cinta
pic credit: iamthewitch

0 Response to "Yuna dan Qi sedang hangat bercinta"